Pra-Tempah Huawei P30 dan P30 Pro Untuk Menikmati Jaminan Waranti Sehingga 18 Bulan Comments Off on Pra-Tempah Huawei P30 dan P30 Pro Untuk Menikmati Jaminan Waranti Sehingga 18 Bulan

Huawei Malaysia telahpun melancarkan peranti mercu yang paling dinanti-nantikan iaitu siri Huawei P30 untuk pasaran tempatan pada hari ini. Akan mula dijual secara rasmi di Malaysia pada 6 April nanti, pra-tempah untuk Huawei P30 dan P30 Pro sudahpun boleh dibuat secara rasmi bermula hari ini melalui laman rasmi Huawei Malaysia.

Ternyata pembelian Huawei P30 dan P30 Pra melalui sesi pra-tempah terasa lebih berbaloi kerana Huawei Malaysia akan turut menawarkan jaminan waranti tambahan selama enam (6) bulan. Ini bermakna anda boleh mendapatkan jaminan waranti keseluruhan sehingga 18 bulan dan anda perlu mendaftar masuk ke aplikasi Huawei HiCare antara 6 April hingga 5 Mei 2019.

Pra-tempah Huawei P30 dan P30 Pro untuk sesi pertama (terhad untuk 300 terawal) akan turut menerima Huawei Backup Storage 1TB, manakala pra-tempah untuk sesi kedua pula akan menerima Huawei AP38 Car Charger dan Huawei AM61 Bluetooth Earphone (terhad untuk 700 pra-tempah seterusnya).

Huawei P30
Huawei P30 Pro (8GB + 256GB)
Huawei P30 Pro (8GB + 512GB)

Sempena promosi pelancaran, setiap pembelian Huawei P30 akan turut menerima sarung pelindung dengan fungsi pengecasan tanpa wayar bernilai RM268, dan pra-tempah Huawei P30 Pro pula akan menerima sarung pelindung snorkeling bernilai RM428 secara percuma. Namun begitu, kuantiti yang ditawarkan adalah terhad selagi stok masih ada.

Pra-tempah siri Huawei P30 secara eksklusif di Huawei Online Stores:

Baca juga:

Huawei P30 Pro Kini Rasmi Pada Harga Bermula RM3,799 – Diikuti P30 Berharga RM2,699

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend