Pra-Tempah Huawei Nova 4 Kini Dibuka – Hadiah Bernilai RM400 Menanti Anda Comments Off on Pra-Tempah Huawei Nova 4 Kini Dibuka – Hadiah Bernilai RM400 Menanti Anda 652

Bermula 8 hingga 13 Februari 2019, anda boleh membuat tempahan awal Huawei Nova 4 di mana-mana kedai rasmi Huawei yang terdekat. Bagi mereka yang gemar membeli-belah dalam talian, tempahan awal ini juga boleh dibuat di kedai rasmi Huawei.com bermula jam 9 pagi, esok.

Dalam kempen pra-tempah ini, anda juga boleh dapatkan hadiah bernilai RM400 berupa fon kepala bluetooth dan kotak hadiah premium. Wang pendahuluan sebanyak RM200 perlu dibayar sebaik tempahan dibuat, manakala bayaran penuh sebanyak RM1899 diperlukan sekiranya tempahan dibuat secara dalam talian. Baucar RM50.juga akan diberikan kepada para pembeli dalam talian.

Huawei Nova 4 merupakan telefon pintar kelas pertengahan premium yang hadir dengan skrin seluas 6.4-inci FHD+. Menariknya, ia menempatkan kamera depan pada lubang di atas skrin. Penggambaran kamera belakang pula menyediakan dwi kamera 20MP f/1.8 dan 16MP f2.2. Peranti ini dibungkus dengan bateri sebesar 3,750mAh dengan kebolehan pengecasan pantas 18W.

[Pra-Pandang] Huawei Nova 4 Dengan Rekaan Kamera Depan Di Dalam Skrin

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend