Pra-Tempah Huawei Nova 4 Dan Dapatkan Hadiah Percuma Bernilai RM400 Comments Off on Pra-Tempah Huawei Nova 4 Dan Dapatkan Hadiah Percuma Bernilai RM400 628

Mungkin ada diantara anda sudah tidak sabar menantikan penjualan rasmi Huawei Nova 4 pada 16 Februari ini. Ia merupakan telefon pintar dengan rekaan lubang pada skrin yang menempatkan kamera depan. Seperti kebiasaan yang Huawei lakukan, orang ramai yang membuat tempahan awal akan menerima hadiah istimewa, ini termasuklah Huawei Nova 4.

Bermula 8 hingga 13 Februari 2019, anda boleh dapatkan hadiah berupa fon kepala bluetooth dan kotak hadiah premium bernilai RM400 secara percuma. Pra-tempah boleh dibuat di kedai-kedai Huawei seluruh negara dengan meletakkan wang deposit sebanyak RM200. Sekiranya tempahan dibuat dalam talian kedai rasmi Huawei, anda perlu menjelaskan amaun yang penuh sebanyak RM1899 untuk mendapatkan baucar RM50 (baucar dalam talian Huawei).

Huawei Nova 4 Huawei Nova 4 dijana oleh pemproses Kirin 970, tersedia dengan konfigurasi memori 8GB RAM serta ruang storan sebesar 128GB, menyokong antaramuka EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie, dan juga menjanjikan prestasi grafik lebih baik dengan kehadiran teknologi GPU Turbo.

Huawei Nova 4 juga hadir dengan rekaan skrin jenis Punch FullView berukuran 6.4 inci LTPS FHD+ (2310 x 1080 piksel) yang menempatkan lensa depan di dalam skrin. Menurut Huawei, kedudukan lensa kamera depan telah ditempatkan di sebelah kiri skrin kerana ia dikatakan mampu menghasilkan gambar swafoto terbaik apabila diambil daripada pelbagai sudut.

Pra-tempah Huawei Nova 4 di https://shop.huawei.com/my

Ganjaran Bernilai RM1000 Menanti Pembeli Huawei Nova 4

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend