Pra-Tempah Huawei Nova 3i Melalui Kedai Rasmi Huawei Di Lazada Dan Miliki Huawei Band 2, Powerbank Serta Kotak Hadiah Secara Percuma Comments Off on Pra-Tempah Huawei Nova 3i Melalui Kedai Rasmi Huawei Di Lazada Dan Miliki Huawei Band 2, Powerbank Serta Kotak Hadiah Secara Percuma

Sekiranya anda ingin menjadi salah seorang pengguna terawal yang memiliki Huawei nova 3i yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia, anda boleh berbuat demikian dengan menyertai sesi pra-tempah melalui kedai rasmi Huawei di Lazada bermula hari ini.

Sebagaimana yang telah kami kongsikan sebelum ini, Huawei nova 3i yang ditawarkan pada harga RM1,249 ini akan dijual di pasaran bermula 28 Julai 2018 nanti. Setiap pembelian Huawei nova 3i akan turut menerima hadiah percuma berupa fon telinga Bluetooth model Huawei AM61 bernilai RM198 secara percuma.

Tetapi jika anda inginkan nilai belian yang lebih baik, kedai rasmi Huawei di Lazada kini telah menawarkan promosi pra-tempah yang lebih menarik iaitu hadiah percuma bernilai RM499. Ini termasuklah Huawei Band A2, powerbank Huawei dengan kapasiti 6,700 mAh dan juga kotak hadiah premium yang mengandungi fon kepala, iRing serta batang swafoto Huawei.

Pra-tempah Huawei nova 3i anda hari ini: Lazada

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend