Pra-Tempah HUAWEI MateBook D 15 Pada 13 Januari 2020 Untuk Peluang Menerima Hadiah Bernilai RM1,287 Comments Off on Pra-Tempah HUAWEI MateBook D 15 Pada 13 Januari 2020 Untuk Peluang Menerima Hadiah Bernilai RM1,287

Pada awal minggu ini, HUAWEI Malaysia telahpun mengumumkan kemasukan model komputer riba terbaharunya iaitu HUAWEI MateBook D 15 yang akan dijual pada harga RM2,499, bermula 18 Januari 2020 nanti.

Bagi yang berminat untuk memiliki MateBook D 15 yang menampilkan ciri-ciri menarik seperti FullView Display dengan bezel senipis 5.3mm, akses pantas menggunakan pengimbas cap jari terbina, dan juga keupayaan perkongsian skrin mudah melalui fungsi Multi-screen Collaboration, anda boleh membuat pra-tempah eksklusif di HUAWEI Online Official Store pada 13 Januari 2020 bermula jam 10.08 pagi.

Istimewanya bagi 20 unit terawal HUAWEI MateBook D 15 yang dipra-tempah melalui laman dalam talian HUAWEI itu akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM1,287. Hadiah yang ditawarkan termasuklah HUAWEI FreeBuds 3, HUAWEI Bluetooth Mouse, dan juga Microsoft 365 Home.

‘Like, Kongsi & Komen’ untuk peluang memenangi HUAWEI MateBook D 15:

Bagi meraikan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, HUAWEI Malaysia turut menganjurkan peraduan mudah yang menjanjikan peluang untuk anda memenangi HUAWEI MateBook D 15 bernilai RM2,499 secara percuma. Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh anda ikuti:

  1. Ikuti laman rasmi Facebook HUAWEI Malaysia
  2. Like & Share perkongsian www.facebook.com/HuaweimobileMY/posts/3090461220982040 dan pastikan ia disetkan sebagai ‘public’.
  3. Nyatakan sebab mengapa anda ingin memenangi HUAWEI MateBook D 15
  4. Tag 3 orang rakan dan sertakan sekali tanda pagar #HUAWEIMateBookD15 di ruangan komen pada perkongsian di laman Facebook HUAWEI Malaysia

Pemenang akan diumumkan secara rasmi pada 13 Januari 2020. Untuk terma dan syarat penyertaan peraduan, anda boleh layari http://bit.ly/MateBookD15SocialGiveaway.

Baca juga:

HUAWEI Beri Diskaun Sehingga RM900 Dan Angpau Emas Percuma Sempena Promosi Tahun Baharu Cina

Malaysia Merupakan Pasaran Global Pertama Perkenal HUAWEI MateBook D 15 Pada Harga RM2,499

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend