Pra-Tempah HUAWEI Mate 30 5G Dan Mate 30 Pro 5G Dibuka Di China Pada Harga Bermula Daripada RM2959 Comments Off on Pra-Tempah HUAWEI Mate 30 5G Dan Mate 30 Pro 5G Dibuka Di China Pada Harga Bermula Daripada RM2959

Dalam majlis pelancaran rasmi global untuk siri Mate 30, HUAWEI telah memperkenalkannya dua varian berbeza untuk siri ini iaitu dengan sokongan cipset Kirin 990 4G dan juga cipset Kirin 990 5G. Selepas lebih kurang sebulan ia dilancarkan, hari ini HUAWEI China telah mengumumkan ketersediaan pra-tempah untuk model Mate 30 5G dan juga Mate 30 Pro 5G.

Berdasarkan laman sesawang rasmi HUAWEI China, kedua-dua model 5G ini sudahpun boleh ditempah bermula hari ini (23 Oktober 2019) dan ia akan mula dijual secara rasmi pada 1 November 2019 pada harga bermula daripada CNY4,999 iaitu sekitar RM2,959.

  • HUAWEI Mate 30 5G
    • 8GB + 128GB – CNY4,999 (RM2,959)
    • 8GB + 256GB – CNY5,499 (RM3,255)

  • HUAWEI Mate 30 Pro 5G
    • 8GB + 256GB – CNY6,899 (RM4,083)
    • 8GB + 512GB – CNY7,899 (RM4,676)

Dikuasakan dengan cipset Kirin 990 5G, ia menyokong konfigurasi yang lebih berkuasa jika dibandingkan dengan cipset Kirin 990 versi 4G:

  • Kirin 990 5G
    • 2x Cortex-A76 @ 2.86GHz + 2x Cortex-A76 @ 2.36GHz + 4x Cortex-A55 @ 1.95GHz
    • Mali-G76 MP16 @ 700MHz
    • NPU: 2 (Big Core) + 1 (Tiny Core)
  • Kirin 990 (4G)
    • 2x Cortex-A76 @ 2.86GHz + 2x Cortex-A76 @ 2.09GHz + 4x Cortex-A55 @ 1.80GHz
    • Mali-G76 MP16 @ 600MHz
    • NPU: 1 (Big Core) + 1 (Tiny Core)

Baca juga:

HUAWEI Mate 30 Pro Berjaya Berada Di Kedudukan Teratas DxOMark Dengan 121 Poin

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend