Pra-Tempah HTC Vive Cosmos Berharga RM3,699 Kini Dibuka, Mula Dijual Pada 4 Oktober 2019 Comments Off on Pra-Tempah HTC Vive Cosmos Berharga RM3,699 Kini Dibuka, Mula Dijual Pada 4 Oktober 2019 96

HTC Vive hari ini telah mengumumkan kehadiran sistem realiti maya (VR) berasaskan PC yang terbaharu iaitu HTC Vive Cosmos untuk pasaran tempatan. Ditawarkan pada harga RM3,699, HTC Vive Cosmos sudahpun boleh dipra-tempah secara rasmi bermula hari ini (12 September 2019).

HTC Vive Cosmos yang hadir dengan sokongan sistem penjejakan Vive baharu ini turut dilengkapi dengan enam sensor kamera untuk sistem penjejakan yang lebih luas dan tepat. Menampilkan resolusi sebesar 2880 x 1700 piksel, ia menjanjikan peningkatan sehingga 88% berbanding generasi sebelum ini.

Rekaan boleh lipat yang unik pada bahagian depan HTC Vive Cosmos turut memudahkan pengguna untuk beralih dari dunia maya ke dunia nyata dengan lebih mudah. Malah penggunaannya juga tidak lagi terganggu dengan kabel sambungan kerana ia telah menyokong Vive Wireless Adapter.

HTC Vive Cosmos dengan alat kawalan tanpa wayar.

HTC Vive Cosmos akan mula dijual di pasaran pada 4 Oktober 2019 nanti di semua penjual produk IT utama seperti All IT Hypermarket, Impulse Internet Cafe, PC Image, Thunder Match, dan juga Top Marco. Untuk pra-tempah, pengguna akan turut menerima langganan Viveport Infinity selama 12 bulan secara percuma, dan juga permainan menembak tambahan (AEON).

Pra-tempah HTC Vive Cosmos secara eksklusif di saluran berikut:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend