Pra-Tempah Dron Terbang Sendiri Hover Camera Passport Dan Miliki Diskaun Istimewa 20% – RM1,599 Comments Off on Pra-Tempah Dron Terbang Sendiri Hover Camera Passport Dan Miliki Diskaun Istimewa 20% – RM1,599

Gadget Goods Asia hari ini telah mengumumkan pra-tempah dron terbang sendiri untuk pasaran tempatan dengan model Hover Camera Passport. Dengan berat 242g, dron yang telah dilengkapi dengan sokongan teknologi pengecaman wajah untuk mengikuti pengguna ini turut didatangkan dengan fungsi kawalan gerakan tangan untuk mengambil gambar.

Berbeza dengan kebanyakan dron yang lain di pasaran, Hover Camera Passport menampilkan rekaan yang sangat mudah alih dan mudah untuk digunakan. Pengguna boleh menyimpan dron ini dengan hanya melipatnya pada dua bahagian dan menjadikannya sama seperti sazi sebuah buku. Penggunaan kerangka yang diperbuat daripada gentian karbon pada dron ini bukan sahaja menjanjikan ketahanan yang sangat baik, tetapi ia juga sangat ringan.

Hover Camera Passport yang dilengkapi dengan kamera 13 Megapiksel ini turut menawarkan sokongan rakaman video 4K dengan lampu flash terbina-dalam. Walaupun tidak dilengkapi dengan teknologi GPS, dron ini masih mampu mengekalkan posisinya dan dalam masa yang sama berupaya mengelak objek.

Setiap pra-tempah Hover Camera Passport di www.gadgetgoodsasia.com akan menerima diskaun istimewa sebanyak 20%, iaitu pada harga RM1,599 sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend