Pra-Tempah ASUS ZenFone 5 Bermula Hari Ini Pada Harga RM1,299 Dan Terima Peranti Pada 11 Julai 2018 Comments Off on Pra-Tempah ASUS ZenFone 5 Bermula Hari Ini Pada Harga RM1,299 Dan Terima Peranti Pada 11 Julai 2018

ASUS Malaysia sebelum ini telahpun melancarkan model terbarunya iaitu ZenFone 5 untuk pasaran tempatan pada harga RM1,299 dan bermula hari ini pra-tempah untuk model ini sudahpun boleh dibuat secara eksklusif di Lazada. Berdasarkan kepada maklumat yang dikongsikan, ASUS ZenFone 5 yang telah dipra-tempah akan mula diterima mulai 11 Julai 2018 nanti.

ASUS ZenFone 5 menyokong paparan skrin berukuran 6.2 inci FHD+, dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 636, dioperasikan oleh antaramuka ZenUI 5.0 berasaskan Android Oreo, dwi kamera 12 Megapiksel dengan ciri AI Scene Detection, kamera hadapan 8 Megapiksel, bateri berkapasiti 3300 mAh dan juga menyokong ruang storan sebesar 64GB serta RAM 4GB.

Pra-tempah sekarang di: Lazada

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend