
Acer Malaysia hari ini telahpun mengumumkan ketersediaan pra-tempah untuk komputer riba convertible terbaharunya iaitu Acer Spin 3. 50 pembeli terawal yang membuat pra-tempah pada 13 hingga 15 Mei 2020, akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1000.
Ditawarkan pada harga RM2799 untuk varian Intel Core i3 + 4GB RAM, dan RM3299 untuk varian Inte Core i5 + 8GB RAM, kedua-duanya dikuasakan dengan pemproses generasi 10. Anda boleh memiliki Acer Spin 3 ini melalui Acer Official Online Store ataupun kedai Acer yang sah di Shopee.
Disasarkan untuk profesional dan pelajar yang mengutamakan ciri lakaran, Acer Spin 3 adalah pilihan terbaik kerana ia dilengkapi Acer Active Stylus dengan sokongan teknologi Wacom AES (active electrostatic). Tahap sensitiviti pen mencecah sehingga 4096 mampu menjanjikan lakaran seakan menggunakan pen sebenar pada kertas.
Bersempena meraikan sambutan Hari Raya, Acer Malaysia turut menawarkan baucar RM120 untuk produk terpilih keluarannya di Shopee. Selain itu pengguna juga boleh menikmati penghantaran percuma apabila berbelanja minimum RM19 sempena kempen Raya Bersama Shopee.
Spesifikasi Acer Spin 3:
SP314-54N-38F9 | SP314-54N-54FB | |
Sistem operasi | Windows 10 Home | Windows 10 Home |
Pemproses | Intel Core i3-1005G1 | Intel Core i5-1035G1 |
GPU | Intel UHD Graphics | Intel Iris Plus Graphics |
RAM | Dual-channel LPDDR4 SDRAM 8GB | Dual-channel LPDDR4 SDRAM 8GB |
Storan | 512GB PCIe Gen3 SSD | 512GB PCIe Gen3 SSD |
Skrin sentuh | 14″ IPS FHD (1920 x 1080) Acer CineCrystal LED-backlit | 14″ IPS FHD (1920 x 1080) Acer CineCrystal LED-backlit |
Sambungan | WiFi 6 AX201, Bluetooth 5.0 | WiFi 6 AX201, Bluetooth 5.0 |
Bateri | 48Wh 3-cell Li-ion 65W | 48Wh 3-cell Li-ion 65W |