[Pra-Pandang] Vivo V15 Blossom Pink – Apa Perbezaan Pada Warna Baharu Ini?! Comments Off on [Pra-Pandang] Vivo V15 Blossom Pink – Apa Perbezaan Pada Warna Baharu Ini?! 1094

Vivo Malaysia telahpun mengesahkan akan memperkenalkan satu lagi warna baharu untuk model Vivo V15 pada 13 Mei 2019 (Isnin). Jika sebelum ini Vivo V15 hanya ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Topaz Blue dan juga Glamour Red, nampaknya satu lagi warna yang sinonim dengan wanita pula akan diperkenalkan iaitu dikenali sebagai Blossom Pink.

Dari segi sokongan spesifikasi, Vivo V15 Blossom Pink ini sebenarnya sama sahaja dengan dua warna sedia ada, tetapi dari segi penampilan fizikal ia menampilkan sedikit kelainan berbanding warna Topaz Blue ataupun Glamour Red. Sementara menantikan pelancaran rasminya nanti, jom kita tengok dulu apakah sedikit kelainan pada warna merah jambu ini…

Warna cerun merah jambu…


Perbezaan paling ketara sudah tentunya rekaan panel belakang yang tampil dengan warna cerun merah jambu yang kelihatan terdapat sedikit kombinasi warna peach yang pada pendapat kami sangat cantik. Lebih menyerlahkan rekaannya adalah efek warna cerun dengan warna merah jambu yang semakin gelap pada bahagian bawahnya.

Kemasan tiga kamera…


Apa yang membezakan Vivo V15 dalam warna Blossom Pink berbanding dua warna lagi adalah kemasan pada rekaan tiga kameranya. Jika Topaz Blue dan Glamour Red menyokong kemasan tiga kamera dalam warna hitam, Vivo V15 Blossom Pink pula menampilkan kemasan tiga kamera dalam warna merah jambu sama seperti warna kerangkanya.

Kerangka sisi merah jambu keemasan…


Kombinasi panel belakang dalam warna merah jambu pada Vivo V15 Blossom Pink ini kelihatan lebih menyerlah kerana ia menampilkan kerangka logam pada bahagian sisi yang menerima kemasan dalam warna merah jambu keemasan. Kombinasi warna sisi kerangka dan panel belakang yang sedikit kontra ini menaikkan lagi sentuhan premium pada peranti ini.

Kamera depan terangkat dengan warna emas…



Satu lagi perbezaan Vivo V15 Blossom Pink berbanding dua warna sedia ada adalah sentuhan warna emas pada kamera depan terangkatnya. Berbeza dengan Topaz Blue dan Glamour Red yang memiliki sentuhan warna hitam, penggunaan warna emas menjanjikan daya penarik kepada si pemakai.

Sarung pelindung lut sinar…



Dengan setiap pembelian Vivo V15 dalam warna Topaz Blue atau Glamour Red, anda akan menerima sarung pelindung lut sinar dengan bahagian kelilingnya tampil dalam warna hitam. Tetapi dengan pembelian warna Blossom Pink, ia tersedia dengan sarung pelindung lut sinar pada seluruh rekaannya. Namun begitu, bahagian keliling sarung pelindungnya tampil dengan sentuhan kusam (matte) yang dilihat masih mampu menyerlahkan rekaan asalnya.

 Spesifikasi Vivo V15:

  • Funtouch OS 9.0 (Android 9.0 Pie)
  • MediaTek Helio P70
  • 6GB + 128GB (microSD sehingga 256GB)
  • 6.53 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Corning Gorilla Glass 5
  • Kamera depan: 32MP
  • Kamera utama: 12MP (24MP photosensitive unit) + 8MP (Ultra Wide) + 5MP (Depth sensor)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth v4.2, microUSB
  • 4000 mAh (Dual-Engine Fast Charging)
  • Pilihan warna: Topaz Blue, Glamour Red, Blossom Pink (BARU!)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend