[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Vivo Y91 Dan Vivo Y91i 0 614

Dengan harga jualan di antara RM800 hingga RM600, dua model Vivo yang baru sahaja diperkenalkan untuk pasaran tempatan mampu menjanjikan penampilan rekaan fizikal yang moden dan mengikuti trend kebanyakan telefon pintar terkini. Walaupun Vivo Y91 dan Vivo Y91i telah ditawrakan pada harga yang berbeza, kedua-dua model ini sebenarnya memiliki rekaan yang sama. Jadi jika anda bercadang untuk memiliki salah satu daripada model ini,  jom kita tengok rekaan fizikalnya seperti berikut:

Spesifikasi asas Vivo Y91 / Vivo Y91i:

  • Funtouch OS 4.5 (Android 8.1 Oreo)
  • MediaTek Helio P22
  • 3GB + 64GB (Vivo Y91) / 2GB + 16GB (Vivo Y91i)
  • 6.22 inci HD+ (1520 x 720 piksel)
  • Kamera utama: 13MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4)
  • Kamera depan: 8MP (f/1.8)
  • WiFi 802.11n, Bl
  • 4030 mAh
  • 155.11 x 75.09 x 8.28mm / 163.5g
  • Pilihan warna: Starry Black, Ocean Blue (Vivo Y91) / Starry Black, Red (Vivo Y91i)

Paparan skrin


Dengan harga jualan bermula daripada RM599, rekaan yang ditawarkan oleh Vivo Y91 dan Vivo Y91i masih mampu mengikut trend semasa. Ini jelas dapat dilihat dengan sokongan takuk kecil jenis titisan air dan juga saiz bezel yang tidak terlalu besar untuk peranti mampu milik.

Rekaan takuk kecil


Rekaan takuk kecil pada Vivo Y91 dan Vivo Y91i telah menempatkan kamera swafoto beresolusi 8MP dengan sokongan aperture f/1.8 yang mampu menghasilkan gambar yang lebih terang di dalam persekitaran kurang cahaya. Manakala lubang earpiece yang agak lebar pula telah ditempatkan pada bahagian atas bezel.

Bezel bawah


Bahagian bawahnya pula telah tersedia dengan rekaan bezel yang agak sederhana saiznya. Namun begitu, ruang tersebut tidak dioptimumkan kerana tiada sebarang butang kawalan ataupun sensor disediakan pada bahagian ini. Tetapi jika diambil kira harga jualannya, ia masih boleh diterima.

Panel belakang


Jika dilihat pada rekaan panel belakang Vivo Y91 dan Vivo Y91i, ia turut menampilkan kemasan dengan trend warna kecerunan yang mampu menyerlahkan gayanya. Vivo Y91 tersedia dalam warna Starry Black dan Ocean Blue, manakala Vivo Y91i pula boleh dimiliki dalam warna Starry Black dan Red.

Dwi kamera


Dengan permukaan kamera yang agak timbul dari panel belakangnya, Vivo Y91 dan Vivo Y91i memiliki dwi kamera beresolusi 13MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4). Di bahagian bawah kamera telah tersedia dengan satu LED Flash, dan sensor pengimbas cap jari pula ditempatkan di tengah-tengah panel belakang.

Butang kawalan


Sisi kanan kedua-dua model ini telah menempatkan dua butang kawalan fizikal iaitu butang melaras suara dan juga butang kuasa yang diperbuat daripada plastik.

Slot kad


Sisi kiri kerangka Vivo Y91 dan Vivo Y91i pula hadir dengan slot kad yang menempatkan dua slot kad nano SIM dan satu slot kad microSD.

Speaker dan port


Bahagian bawah kerangka kedua-dua model ini pula tersedia dengan lubang speaker berkualiti mono, port microUSB, dan juga bicu audio 3.5mm.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend