[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal OPPO R17 Pro Dalam Warna ‘Radiant Mist’ 0 209

Esok bakal memperlihatkan pelancaran rasmi model OPPO R17 Pro untuk pasaran Malaysia, dan ia akan diperkenalkan dalam dua warna pilihan iaitu Radiant Mist dan juga Emerald Green yang akan ditawarkan dalam kuantiti yang terhad. Sementara menantikan majlis pelancarannya, apa kata kita usha dulu reka bentuk fizikal OPPO R17 Pro dalam warna ‘Radiant Mist’ seperti berikut:

Spesifikasi asas OPPO R17 Pro:

  • ColorOS 5.2 (Android 8.1 Oreo)
  • Qualcomm Snapdragon 710 (2x Cortex-A75 2.2GHz + 6x Cortex-A55 1.7GHz)
  • 6GB/8GB RAM + 128GB
  • 6.4 inci AMOLED, FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 12MP (f/1.5 / f/2.4) + 20MP (f/2.6)
  • Kamera depan: 25MP (f/2.0)
  • 3700 mAh
  • 157.6 x 74.6 x 7.9mm / 183g
  • Pilihan warna: Radiant Mist dan Emerald Green (kuantiti terhad)

Paparan skrin


Paparan skrin OPPO R17 Pro tampil dengan rekaan takuk ala titisan air yang sama seperti OPPO F9, tetapi ia hadir dengan panel AMOLED sebesar 6.4 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel). Apa yang menarik perhatian kami adalah rekaan bezel bawah yang tampil lebih nipis, sekaligus menyaksikan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah sehingga 85.9% dengan sokongan nisbah paparan 19.5:9.

Panel belakang


Berbeza dengan kebanyakan peranti dengan warna kecerunan sedia ada di pasaran, OPPO R17 Pro dalam warna ‘Radiant Mist’ ini tampil lebih unik kerana ia menyokong dua tona warna berbeza secara menegak iaitu ungu dan biru. Lebih menariknya, rekaan panel belakang yang diperbuat daripada kaca ini turut dilengkapi dengan permukaan kusam (matte) yang tidak berhadapan dengan isu cap jari.

Kemasan kerangka


Apa yang menarik perhatian kami adalah kemasan dua tona warna unik yang jelas dapat dilihat pada OPPO R17 Pro. Apabila dilihat dari sebelah kanan kerangka, keseluruhan panel belakang peranti ini tampil dalam warna ungu. Tetapi sebaliknya apabila dilihat dari sudut kiri pula, kemasan panel belakangnya hadir dalam warna biru. Tidak seperti warna kecerunan pada peranti lain, kemasan warna OPPO R17 Pro bergantung kepada sudut pandangan anda.

Sisi kanan


Sisi kanan OPPO R17 Pro tampil dalam warna ungu dan ia telah menempatkan hanya satu butang fizikal sahaja iaitu butang kuasa. Jelas dapat dilihat bahawa panel belakang peranti ini memiliki permukaan melengkung pada bahagian sisinya.

Sisi kiri


Sisi kanannya pula memiliki kerangka berwarna biru dan pada ruangan ini telah tersedia dengan butang melaras suara yang dipisahkan. Panel belakang kaca melengkung ini secara tidak langsung memberikan rasa pegangan yang lebih baik.

Kerangka atas


Bahagian atas kerangka OPPO R17 Pro hanya dilengkapi dengan satu mikrofon sahaja dan tiada bicu audio 3.5mm disediakan. Keunikan warna dua tona pada peranti ini jelas dapat dilihat dengan kombinasi dua warna yang sangat menarik pada pandangan kami.

Kerangka bawah


Bahagian bawah kerangka OPPO R17 Pro kelihatan lebih sarat kerana ia menempatkan slot kad, port USB-C dengan teknologi pengecasan pantas SuperVOOC Flash Charge, lubang mikrofon, dan juga speaker. Sama seperti bahagian atas, jelas dapat dilihat kombinasi dua tona warna ungu dan biru.

 

“Kami akan berkongsi lebih banyak maklumat tentang OPPO R17 Pro, termasuklah harga dan tarikh ketersediaannya menjelang majlis pelancaran rasminya esok (22 November 2018).”

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend