[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Y9 Dalam Warna Sapphire Blue Comments Off on [Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Y9 Dalam Warna Sapphire Blue

Huawei baru-baru ini telah membuat kejutan istimewa apabila telah mengumumkan ketersediaan jualan satu lagi model dari segmen kelas pertengahannya iaitu Huawei Y9 untuk pasaran tempatan. Walaupun ia akan dijual secara rasmi bermula esok (11 November 2018), tetapi  untuk pengetahuan anda ia sudah boleh dibeli di Huawei Online Store bermula tengah malam ini. Jadi sementara menunggu, apa kata kita tengok dahulu rekaan fizikal Huawei Y9 ini…

Spesifikasi asas Huawei Y9:

  • EMUI 8 (Android 8 Oreo)
  • Kirin 710 (4x Cortex A73 2.2GHz + 4x Cortex A53 1.7GHz)
  • 4GB RAM + 64GB
  • kad microSD sehingga 256GB
  • 6.5 inci IPS LCD, FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 13MP + 2MP
  • Kamera depan: 16MP + 2MP
  • 4000 mAh
  • 162.4 x 77.1 x 8.05mm / 173g
  • Pilihan warna: Sapphire Blue dan Black

Paparan skrin

Paparan skrin Huawei Y9 sangat besar berukuran 6.5 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel) dan ia memiliki rekaan takuk sederhana besar. Ia juga menyokong nisbah paparan 19.5:9.

Rekaan takuk

Huawei Y9 memiliki rekaan takuk dengan saiz sama seperti Huawei P20 Pro, tetapi ia sedikit ‘labuh’ ke bawah kerana bahagian atasnya telah menempatkan lubang earpiece. Manakala pada takuk itu tersedia dengan dwi kamera 16MP + 2MP.

Saiz bezel bawah

Rekaan bezel bawah skrin (dagu) Huawei Y9 kelihatan lebih nipis berbanding siri Huawei P20 tetapi sedikit tebal jika dibandingkan dengan siri Mate 20.

Butang fizikal

Sisi kerangka Huawei Y9 tersedia dengan dua butang kawalan fizikal iaitu butang melaras suara dan juga butang kuasa.

Slot kad

Sisi kanan kerangka Huawei Y9 pula tersedia dengan slot kad jenis hibrid yang boleh menyokong dua kad SIM bersaiz nano ataupun satu kad nano SIM dan satu kad microSD sehingga 256GB.

Port microUSB dan bicu audio 3.5mm

Bahagian bawah kerangka Huawei Y9 telah tersedia dengan speaker, port microUSB, lubang mikrofon dan juga bicu audio 3.5mm.

Panel belakang

Panel belakang Huawei Y9 diperbuat daripada kaca dan ia tampil dengan kemasan permukaan 3D yang melengkung pada kedua-dua sisinya. Ini secara tidak langsung menjanjikan rasa pegangan yang lebih selesa.

Dwi kamera AI

Huawei Y9 menyokong dwi kamera beresolusi 13MP + 2MP dengan teknologi AI yang mampu mengenal pasti 500 subjek atau persekitaran melalui 22 kategori berbeza seperti makro, teks, haiwan dan sebagainya.

“Nantikan ulasan penuh daripada kami pada masa akan datang…”

Baca juga:

Harga Huawei Y9 Diumumkan Secara Rasmi – RM899, Bateri 4000mAh, Kirin 710, 4 Kamera

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend