[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Y Max Dalam Kemasan Panel Belakang Seperti Kulit 0 838

Apabila anda ingin mencari sebuah telefon pintar yang memfokuskan aspek multimedia terbaik dengan sokongan paparan skrin lebih 7 inci, Huawei sebelum ini telah memperkenalkan Huawei Mate 20 X. Tetapi sekiranya anda tidak memiliki bajet yang cukup untuk memiliki peranti tersebut, baru-baru ini Huawei telah memperkenalkan satu lagi peranti multimedia terbaik dengan penawaran Huawei Y Max pada 12 Disember yang lalu. Jadi sekiranya anda bercadang untuk memilikinya, jom kita tengok dulu rekaan fizikal peranti ini…

Spesifikasi asas Huawei Y Max:

  • EMUI 8.2 (Android 8.1 Oreo)
  • Qualcomm Snapdragon 660
  • 4GB RAM + 128GB
  • kad microSD sehingga 256GB
  • 7.12 inci IPS LCD, FHD+ (2244 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 16MP (f/2.0) + 2MP (f/2.4)
  • Kamera depan: 8MP (f/2.0)
  • 5000 mAh
  • 177.57 x 86.24 x 8.48mm / 210g
  • Pilihan warna: Midnight Black dan Amber Brown

Paparan skrin


Huawei Y Max memiliki saiz kerangka yang agak besar memandangkan ia menyokong paparan skrin IPS LCD mencecah 7.12 inci FHD+ (2244 x 1080 piksel). Saiz bezel di atas, bawah dan sisi kerangkanya boleh dianggap agak memuashkan kerana tidak terlalu besar.

Rekaan takuk


Takuk pada Huawei Y Max tampil dengan rekaan mirip seperti titisan air dan ia telah menempatkan kamera hadapan beresolusi 8MP dengan aperture f/2.0. Menariknya saiz lubang earpiece kelihatan lebar kerana ia turut berfungsi sebagai speaker stereo, dan ia mampu menghasilkan bunyi audio yang sama kuat seperti speaker yang terdapat pada bahagian bawah kerangka.

Saiz bezel bawah


Bezel pada bahagian bawah skrin tampil dengan saiz sederhana besar dan ia telah menempatkan cetakan logo ‘Huawei’.

Butang melaras suara


Sama seperti model keluaran Huawei yang lain, sisi kanan telah tersedia dengan dua butang fizikal iaitu butang melaras suara dan juga butang kuasa.

Slot kad


Sisi kirinya pula tersedia dengan satu slot kad dan menariknya ia hadir dengan sokongan tiga slot kad berasingan. Ini bermakna anda boleh menggunakan dua kad SIM bersaiz nano dan juga kad microSD secara serentak.

Bahagian atas kerangka


Bahagian atas Huawei Y Max tampil lebih ringkas kerana hanya menempatkan satu lubang mikrofon sahaja. Bahagian ini juga turut kelihatan dua jalur antena yang diintegrasikan terus pada kerangka logamnya.

Bicu audio dan port USB


Bahagian bawahnya pula lebih sarat kerana menempatkan lubang speaker stereo, satu lubang mikrofon, port microUSB dan juga bicu audio 3.5mm. Bahagian ini turut kelihatan jalur antena terbina-dalam.

Dwi kamera dan pengimbas cap jari


Panel belakang telah menempatkan dwi kamera beresolusi 16MP + 2MP dan juga LED Flash yang disusun secara menegak. Manakala sensor pengimbas cap jarinya pula ditempatkan pada bahagian tengah panel belakang.

Panel belakang seperti kulit


Panel belakang Huawei Y Max merupakan salah satu daya tarikan yang berjaya menarik perhatian ramai kerana kelihatan mirip seperti kulit. Malah ia turut tersedia dengan kemasan jahitan pada keliling kerangkanya. Namun begitu, ia sebenarnya bukanlah kemasan kulit sebenar kerana diperbuat daripada plastik berkualiti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend