[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Mate 20 X Dalam Warna Phantom Silver Comments Off on [Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Mate 20 X Dalam Warna Phantom Silver

Selain Huawei Y9 berharga RM899 yang akan dijual bermula tengah malam ini (11 November), pengguna di negara ini juga boleh memiliki satu lagi model dari siri Mate 20 yang memfokuskan aspek gaming iaitu Huawei Mate 20 X. Jika sebelum ini kami telahpun berkongsi pra-pandang rekaan fizikal Huawei Mate 20 dan juga Mate 20 Pro, kali ini tiba pula giliran Huawei Mate 20 X…

Spesifikasi asas Huawei Mate 20 X:

  • EMUI 9.0 (Android 9.0 Pie)
  • Kirin 980 (2x Cortex A76 2.6GHz + 2x Cortex A76 1.92GHz + 4x Cortex A55 1.8GHz)
  • 6GB RAM + 128GB
  • kad memori NM sehingga 256GB
  • 7.2 inci OLED, FHD+ (2244 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 40MP + 20MP + 8MP
  • Kamera depan: 24MP
  • 5000 mAh (22.5W atau 5V4.5A)
  • 174.6 x 85.4 x 8.15mm / 232g
  • IP53
  • Pilihan warna: Midnight Blue dan Phantom Silver

Paparan skrin

Huawei Mate 20 X memiliki saiz kerangka yang agak besar kerana ia menyokong skrin OLED mencecah 7.2 inci FHD+ (2244 x 1080 piksel). Tahap keterangan skrin sememangnya terbaik dan imej yang dipaparkan tidaklah mengecewakan walaupun menyokong resolusi rendah.

Rekaan takuk

Sama seperti Mate 20, Mate 20 X turut menyokong rekaan takuk yang sama. Bahagian takuk ini telah menempatkan kamera swafoto beresolusi 24MP, manakala lubang earpiece ditempatkan antara kerangka dan bezel.

Saiz bezel bawah

Sama seperti rekaan bezel pada bahagian bawah (dagu) pada Mate 20 dan Mate 20 Pro, Mate 20 X turut menyokong saiz bezel yang kecil. Lebih menariknya, anda boleh menggantikan butang kawalan pada skrin dengan kaedah kawalan skrin penuh yang disokong oleh Android 9.0 Pie.

Butang fizikal

Sisi kanan kerangka Huawei Mate 20 X disediakan dengan butang kawalan fizikal iaitu butang melaras suara dan juga butang kuasa. Sama seperti butang kuasa pada Mate 20, ia menerima sentuhan warna merah pada keliling butangnya.

Slot kad

Slot kad Mate 20 X ditempatkan di sisi kiri kerangka dan ia menyokong slot kad jenis hibrid. Anda boleh menggunakan kad memori NM dengan kapasiti sehingga 256GB.

Bicu audio dan speaker

Keunikan Huawei Mate 20 X berbanding Mate 20 dan Mate 20 Pro adalah sokongan speaker stereo yang lebih lantang yang kini ditempatkan pada bahagian atas kerangka. Di bahagian ini turut menempatkan mikrofon, port inframerah dan juga bicu audio 3.5mm.

Port USB-C dan speaker

Bahagian bawah kerangka Huawei Mate 20 X kelihatan sama sahaja seperti Huawei Mate 20 iaitu menempatkan mikrofon, port USB-C dan juga speaker stereo.

Panel kaca dengan tekstur unik

Terdapat dua warna pilihan ditawarkan untuk Mate 20 X iaitu Midnight Blue dan juga Phantom Silver (warna yang kami pegang). Apa yang menariknya, kedua-dua warna ini memiliki rekaan panel belakang kaca yang melengkung dan permukaan kacanya terdapat tekstur unik bagi memastikan grip yang lebih baik.

Tiga kamera LEICA

Rekaan panel belakang Huawei Mate 20 X sama seperti Mate 20 kerana hadir dengan tiga kamera LEICA dan juga sensor pengimbas cap jari pada bahagian bawahnya. Namun begitu, sistem tiga kamera yang disokongnya hadir sama seperti Mate 20 Pro iaitu 40MP + 20MP + 8MP.

 

Baca juga:

[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Y9 Dalam Warna Sapphire Blue

[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Mate 20 Dalam Warna Black

[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Mate 20 Pro Dalam Warna Twilight

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend