[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Mate 20 Pro Dalam Warna Twilight 0 452

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Huawei Mate 20 Pro akan mula dijual secara rasmi di Malaysia bermula 27 Oktober ini pada harga RM3,599. Jadi sekiranya anda bercadang untuk memiliki peranti flagship terbaharu daripada Huawei ini, atau mungkin juga sekadar ingin untuk melihat rekaan fizikalnya, berikut adalah pra-pandang untuk Huawei Mate 20 Pro dalam warna Twilight…

Spesifikasi asas Huawei Mate 20 Pro:

  • EMUI 9.0 (Android 9.0 Pie)
  • Kirin 980 (2x Cortex A76 2.6GHz + 2x Cortex A76 1.92GHz + 4x Cortex A55 1.8GHz)
  • 6GB RAM + 128GB
  • kad memori NM sehingga 256GB
  • 6.39 inci Curved OLED, 2K+ (3120 x 1440 piksel)
  • Kamera utama: 40MP + 20MP + 8MP
  • Kamera depan: 24MP
  • 4200 mAh (40W atau 10V4A)
  • 157.8 x 72.3 x 8.6mm / 189g
  • IP68
  • Pilihan warna: Twilight, Emerald Green dan Black

Kotak pembungkusan

Huawei Mate 20 Pro hadir dengan kotak pembungkusan dalam warna hitam yang lebih ringkas berbanding kotak pembungkusan Mate 10/10 Pro sebelum ini.

Paparan skrin

Huawei Mate 20 Pro menyokong paparan skrin 6.39 inci jenis Curved OLED.

Rekaan takuk

Berbeza dengan model Mate 20, rekaan takuk pada Mate 20 Pro kelihatan lebih lebar mirip seperti iPhone XS/XS Max. Ini kerana ia turut menyokong kamera 3D Depth Sensing untuk fungsi 3D Face Unlock.

Panel skrin melengkung

Huawei Mate 20 Pro memiliki saiz bezel yang sangat nipis pada kedua-dua sisi skrin kerana ia memiliki rekaan melengkung seperti Galaxy Note 9.

Butang kuasa

Butang kuasa pada Mate 20 Pro yang diperbuat daripada logam ini menerima kemasan berwarna merah.

Kemasan warna Twilight

Berbeza dengan warna Twilight pada P20 Pro, Mate 20 Pro memiliki sentuhan rona warna yang lebih gelap pada bahagian bawah.

Tiga kamera LEICA

Penggunaan lensa daripada LEICA masih diteruskan pada Mate 20 Pro dan ia menyokong sistem kamera tiga lensa beresolusi 40MP + 20MP + 8MP.

Port USB-C dengan speaker terbina-dalam

Bahagian bawah kerangka Mate 20 Pro kelihatan agak unik kerana ia menempatkan slot kad SIM dan juga port USB Type-C turut berfungsi sebagai lubang speaker.

“Nantikan ulasan penuh daripada kami pada masa akan datang…”

Anda boleh memiliki Huawei Mate 20 Pro berharga RM3,599 bermula 27 Oktober ini di https://shop.huawei.com/my/

Baca juga:

[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Mate 20 Dalam Warna Black

[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Mate 20 X Dalam Warna Phantom Silver

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend