[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Mate 20 Dalam Warna Black 0 247

Kalau sebelum ini kami dahpun mendedahkan pra-pandang rekaan fizikal Huawei Mate 20 Pro, hari ini kami akan berkongsi pra-pandang untuk rekaan fizikal Huawei Mate 20 dalam warna Black pula. Jadi kalau korang yang masih belum berkesempatan untuk melihat sendiri rekaan Huawei Mate 20 ini di kedai Huawei ataupun pengedar Huawei yang sah, jom kita tengok macam mana rupanya peranti dengan sokongan skrin sebesar 6.53 inci ini…

Spesifikasi asas Huawei Mate 20:

  • EMUI 9.0 (Android 9.0 Pie)
  • Kirin 980 (2x Cortex A76 2.6GHz + 2x Cortex A76 1.92GHz + 4x Cortex A55 1.8GHz)
  • 6GB RAM + 128GB
  • kad memori NM sehingga 256GB
  • 6.53 inci IPS LCD, FHD+ (2244 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 12MP + 16MP + 8MP
  • Kamera depan: 24MP
  • 4000 mAh (22.5W atau 4.5V5A)
  • 158.2 x 77.2 x 8.3mm / 188g
  • IP53
  • Pilihan warna: Midnight Blue dan Black

Paparan skrin

Walaupun hadir dengan saiz skrin berukuran 6.53 inci, kerangka Mate 20 tidaklah begitu besar seperti yang disangka. Ini kerana ia menyokong saiz bezel yang sangat kecil.

Rekaan takuk

Berbeza dengan Mate 20 Pro, rekaan takuk pada Mate 20 kelihatan jauh lebih kecil kerana hanya menyokong sistem kamera lebih ringkas iaitu kamera depan beresolusi 24MP.

Saiz bezel bawah

Saiz bezel pada bahagian bawah Mate 20 kelihatan jauh lebih nipis berbanding siri P20 mahupun siri Mate 10 sebelum ini.

Butang kuasa

Sisi kanan Mate 20 tersedia dengan dua butang fizikal iaitu butang kawalan suara dan juga butang kuasa. Rekaan butang kuasa lebih menonjol kerana memiliki kemasan berwarna merah.

Slot kad

Sisi kiri Mate 20 pula menyokong slot kad jenis nano SIM dan slot kad kedua juga boleh digunakan untuk menyokong kad memori NM yang diperkenalkan oleh Huawei sebelum ini.

Panel belakang

Bahagian panel belakang Mate 20 yang diperbuat daripada kaca ini kelihatan sangat berkilat.

Panel belakang melengkung

Panel belakang kaca dengan sentuhan rekaan melengkung sedikit sebanyak memberikan rasa pegangan yang lebih selesa.

Kamera dan pengimbas cap jari

Mate 20 menyokong tiga kamera daripada LEICA dengan konfigurasi 12MP + 16MP + 8MP. Bahagian bawah kamera turut tersedia dengan sensor pengimbas cap jari.

Bicu audio 3.5mm

Bahagian atas Mate 20 tersedia dengan bicu audio 3.5mm dan juga port inframerah untuk fungsi alat kawalan jauh.

Lubang speaker

Bahagian bawah Mate 20 pula mengekalkan lubang speaker dan juga port USB Type-C.

 

“Nantikan ulasan penuh daripada kami pada masa akan datang…”

Anda boleh memiliki Huawei Mate 20 pada harga RM2,799 bermula 27 Oktober ini di https://shop.huawei.com/my/

Baca juga:

[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Mate 20 Pro Dalam Warna Twilight

[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Mate 20 X Dalam Warna Phantom Silver

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend