[Pra-Pandang] Perbandingan Rekaan Fizikal Huawei Mate 20 Dan Mate 20 Pro 0 375

Jika pada minggu lepas kami telah mendedahkan rekaan fizikal Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro di dalam artikel yang berasingan, kali ini kami akan membuat perbandingan asas rekaan fizikal kedua-dua model ini. Selain daripada rekaan dan juga fungsi yang berbeza, kedua-dua model ini masing-masing dijual pada harga berbeza iaitu RM2,799 untuk Mate 20 dan RM3,599 untuk Mate 20 Pro…

Perbandingan spesifikasi

Paparan skrin

Mate 20 (kiri) menyokong paparan skrin lebih besar berukuran 6.53 inci berbanding 6.39 inci pada Mate 20 Pro (kanan).

Rekaan takuk

Rekaan takuk pada Mate 20 (atas) tampil lebih kecil kerana ia hanya menempatkan kamera swafoto 24MP, berbanding Mate 20 Pro (bawah) yang dilengkapi dengan konfigurasi kamera yang lebih canggih.

Panel belakang kaca

Kedua-dua model ini menyokong panel belakang diperbuat daripada kaca, tetapi Mate 20 Pro (kanan) menyokong teknologi pengecasan yang lebih canggih iaitu pengecasan tanpa wayar dan juga ‘Reverse Wireless Charging’.

Kamera LEICA

Kedua-dua model ini menyokong tiga kamera daripada LEICA, tetapi masing-masing hadir dengan resolusi lensa yang berbeza. Malah dapat dilihat Mate 20 (kiri) hadir dengan sensor pengimbas cap jari di bawah kamera, manakala Mate 20 Pro (kanan) menyokong pengimbas cap jari pada skrin.

Kerangka atas

Mate 20 (kiri) memiliki sedikit kelebihan berbanding Mate 20 Pro (kanan) kerana ia masih mengekalkan sokongan bicu audio 3.5mm. Kedua-dua model ini menyokong port inframerah.

Kerangka bawah

Bahagian bawah Mate 20 (kiri) menempatkan salah satu daripada lubang speaker stereo. Manakala speaker stereo pada Mate 20 Pro (kanan) pula kini diintegrasikan terus pada port USB-C iaitu bersebelahan dengan slot kad.

Butang kawalan

Butang kuasa pada Mate 20 Pro (kanan) kelihatan lebih menonjol kerana keseluruhan permukaanya berwarna merah, berbanding butang kuasa pada Mate 20 (kiri). Lebih menariknya, kerangka sisi Mate 20 Pro dalam warna Twilight turut memiliki dua tona warna yang menarik iaitu biru (bahagian atas) dan hitam (bahagian bawah).

 

“Nantikan ulasan penuh untuk kedua-dua model ini pada masa akan datang…”

Anda kini sudah boleh memiliki Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro:

Baca juga:

[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Mate 20 Dalam Warna Black

[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Mate 20 Pro Dalam Warna Twilight

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend