[Pra-Pandang] Penampilan Fizikal OPPO F11 Pro Dengan Kamera 48MP Dalam Warna Thunder Black Comments Off on [Pra-Pandang] Penampilan Fizikal OPPO F11 Pro Dengan Kamera 48MP Dalam Warna Thunder Black 687

OPPO Malaysia sebelum ini telahpun mengesahkan kemunculan model terbaharunya iaitu OPPO F11 Pro untuk pasaran tempatan melalui majlis pelancaran rasmi yang dijadualkan akan berlangsung pada 19 Mac 2019 nanti. Sebagaimana yang telah diketahui, terdapat dua warna akan ditawarkan untuk peranti ini iaitu Thunder Black dan juga Aurora Green.

Jadi sementara menantikan pendedahan rasmi peranti dengan sokongan kamera depan terangkat 16MP dan juga kamera utama beresolusi 48MP ini, apa kata kita lihat dahulu rekaan fizikal dan juga pakej pembelian yang akan anda terima apabila OPPO F11 Pro ini dijual secara rasmi nanti…

Kotak pembungkusan


Kotak pembungkusan OPPO F11 Pro ini hadir dalam warna putih dan pada bahagian depan kotak tertera imej peranti dan juga konfigurasi memori yang akan ditawarkan iaitu 6GB + 64GB.

Aksesori lengkap


Dengan setiap pembelian OPPO F11 Pro, anda akan menerima aksesori yang lengkap iaitu fon telinga stereo, pin untuk membuka slot kad, sarung pelindung plastik keras dalam warna lut sinar gelap, pelindung skrin yang siap dipasang pada peranti, kabel microUSB, dan juga palam kuasa dengan sokongan pengecasan pantas daripada VOOC Flash Charge 3.0.

Skrin 6.5″ FHD+


OPPO F11 Pro tampil dengan paparan skrin penuh tanpa kehadiran takuk ataupun lubang kamera pada skrin. Panel TFT-LTPS berukuran 6.5 inci beresolusi FHD+ (2340 x 1080 piksel) ini menawarkan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah sehingga 90.9%.

Lubang earpiece


Bahagian atas skrin OPPO F11 Pro ini memiliki saiz bezel yang sangat nipis kerana tiada kamera swafoto ditemui. Malah lubang earpiece juga hadir dalam rekaan gril lebar yang terletak di antara skrin dan juga kerangka atas peranti ini.

Kamera swafoto 16MP jenis terangkat


Kedudukan kamera depan pada OPPO F11 Pro tampil dalam rekaan jenis terangkat yang akan hanya dikeluarkan secara automatik ketika anda menggunakan fungsi pengecaman wajah, panggilan video ataupun mengambil gambar swafoto. Ia dilengkapi dengan lensa beresolusi 16MP (f/2.0) yang turut tersedia dengan mod kecantikan.

Bezel bawah sederhana tebal


Bezel pada bahagian bawah skrin peranti ini tampil dalam saiz yang agak sederhana tebal dan kedua-dua bahagian penjuru skrin memiliki lengkungan yang simetri dengan skrin pada bahagian atas.

Panel belakang


Keunikan OPPO F11 Pro dalam warna Thunder Black sememangnya kelihatan sangat cantik kerana ia hadir dengan sentuhan tiga warna berbeza iaitu biru, hitam dan juga ungu/magenta. Efek warna kelihatan lebih menyerlah apabila panel belakang terkena cahaya yang terang.

Kamera utama 48MP


OPPO F11 Pro menyokong keupayaan penggambaran dwi kamera beresolusi 48MP (f/1.8) + 5MP (f/2.4). Manakala di bawah kamera itu turut tersedia dengan sensor pengimbas cap jari.

Butang fizikal dan slot kad

Sisi kiri
Sisi kanan

Butang melaras suara telah ditempatkan di sebelah kiri kerangka dan kedua-dua butang Vol + dan Vol – disediakan secara berasingan. Sisi kanan OPPO F11 Pro pula tersedia dengan butang kuasa dengan sentuhan jalur berwarna hijau terang, dan juga slot kad jenis hibrid yang mampu menyokong kad microSD.

Kerangka atas dan bawah

Kerangka atas
Kerangka bawah

Bahagian atas kerangka dapat ditemui lubang mikrofon dan juga sensor, manakala bahagian bawah kerangka OPPO F11 Pro ini pula menawarkan speaker, port microUSB dengan VOOC Flash Charge 3.0, lubang mikrofon, dan juga bicu audio 3.5mm.

 

Spesifikasi OPPO F11 Pro:

  • ColorOS 6.0 (Android 9.0 Pie)
  • MediaTek Helio P70 (12 nm)
  • Mali-G72 MP3 @ 900MHz
  • 6GB RAM + 64GB
  • microSD sehingga 256GB
  • 6.5 inci TFT-LTPS, FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 48MP (f/1.8) + 5MP (f/2.4)
  • Kamera depan: 16MP (f/2.0)
  • 4000 mAh (5V4A)
  • 161.3 x 76.1 x 8.8mm / 190g
  • Pilihan warna: Thunder Black, Aurora Green

Tonton video buka kotak:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend