[Pra-Pandang] OPPO A5 2020 – Peranti Bajet Dengan Kuad Kamera, Speaker Stereo Dan USB Type-C Comments Off on [Pra-Pandang] OPPO A5 2020 – Peranti Bajet Dengan Kuad Kamera, Speaker Stereo Dan USB Type-C 324

Serentak dengan majlis pelancaran OPPO A9 2020 yang berlangsung baru-baru ini, OPPO Malaysia turut memperkenalkan satu lagi model yang lebih mampu milik iaitu OPPO A5 2020. Namun begitu memandangkan peranti ini tidak dipamerkan dalam acara tersebut, kini kami akan memperlihatkan pra-pandang OPPO A5 2020 yang pada pendapat kami berjaya menjanjikan sebuah peranti lengkap yang sangat berbaloi.

Spesifikasi OPPO A5 2020:

  • ColorOS 6.0.1 (Android 9.0 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon 665 + Game Boost 2.0
  • Adreno 610
  • 3GB + 64GB (microSD sehingga 256GB)
  • 6.5 inci HD+ (1600 x 720 piksel)
  • Kamera depan: 8MP
  • Kamera utama: 12MP + 8MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Monochrome) + 2MP (Portrait)
  • Bluetooth 5.0, USB Type-C
  • 4000 mAh (Reverse Charging)
  • Geomagnetic sensor, Proximity sensor, Light sensor, Accelerometer sensor, G-sensor, Gyro sensor
  • Pilihan warna: Mirror Black, Dazling White
  • RM699

Skrin

Sama seperti OPPO A9 2020 yang dijual pada harga RM1199, OPPO A5 2020 turut dilengkapi dengan paparan skrin IPS LCD sebesar 6.5 inci beresolusi 1600 x 720 piksel, dan mampu menyokong tahap keterangan sekitar 480nit. Saiz bezel pada bahagian peranti ini agak tebal tetapi jika dilihat pada harga jualannya, ia bukanlah sesuatu yang boleh dirungutkan.

Kamera depan dan speaker

OPPO A5 2020 menyokong rekaan takuk titisan air bagi menempatkan kamera depan 8MP dengan fungsi AI Beautification. Apa yang menariknya, lubang earpiece pada bahagian atas lensa kamera depan itu turut berfungsi sebagai speaker kedua yang menjanjikan kualiti bunyi stereo dengan sokongan Dolby Atmos yang menjadikan salah satu ciri istimewa pada OPPO A5 2020. Malah agak sukar untuk mendapatkan telefon pintar dalam segmen harga bawah RM1000 yang menyokong speaker stereo.

Rekaan panel belakang

Rekaan panel belakang OPPO A5 2020 tampil mirip seperti OPPO A9 2020, tetapi apa yang membezakan antara kedua-dua model ini adalah sokongan warna yang berbeza. OPPO A5 2020 memiliki dua warna pilihan iaitu Mirror Black dan juga Dazling White yang memiliki efek seperti mutiara. Rasa pegangan peranti ini terasa agak selesa walaupun agak tebal kerana bahagian sisinya yang melengkung.

Kuad kamera

Dengan rekaan panel belakang yang berkilat, anda boleh menemui empat kamera beresolusi 12MP + 8MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Monochrome) + 2MP (Portrait). Bahagian bawah kamera dengan menegak itu turut boleh ditemui pengimbas cap jari dengan rekaan bujur yang menjanjikan proses imbasan pantas.

Tiga slot kad berasingan

Walaupun menyokong ruang storan dalaman yang agak kecil iaitu hanya 64GB, OPPO A5 2020 menawarkan sokongan slot kad microSD sehingga 256GB. Penyediaan tiga slot kad berasingan ini membolehkan anda menggunakan dua kad SIM bersaiz nano dan juga satu kad microSD secara serentak.

Butang fizikal

Slot kad dan juga butang melaras suara pada OPPO A5 2020 terletak pada sisi kiri kerangka, manakala butang kuasa pula diasingkan pada bahagian sisi kanan kerangka. Menariknya butang kuasanya memiliki kemasan jalur berwarna hijau yang sedikit sebanyak mampu menyerlahkan penampilannya.

USB-C dan bicu audio 3.5mm

OPPO A5 2020 sememangnya sangat berbaloi untuk dimiliki kerana ia bukan sahaja menyokong speaker stereo dan juga bicu audio 3.5mm. Apa yang lebih menariknya, dengan harga jualan RM699, OPPO A5 2020 kini tersedia dengan port USB Type-C yang turut menyokong teknologi Reverse Charging menggunakan bateri berkapasiti 5000mAh. Cuma kekurangannya adalah output pengecasan setakat 5V2A atau 10W sahaja.

Kesimpulan:

Tidak dinafikan bahawa rata-rata daripada pengguna tempatan sebelum ini agak skeptikal dengan jenama OPPO kerana mereka berpendapat bahawa peranti OPPO agak mahal jika dibandingkan dengan spesifikasi yang disokongnya. Ternyata kemunculan OPPO A5 2020 mampu mengubah tanggapan itu kerana dengan harga jualan di bawah RM700, ia sudah dilengkapi dengan ciri menarik iaitu speaker stereo dengan sokongan Dolby Atmos, kuad kamera, dan yang paling penting hadir dengan sambungan USB Type-C.

Mungkin kekurangan pada OPPO A5 2020 adalah pada sokongan skrin HD+, dan juga teknologi pengecasan 10W yang sudah tentunya akan mengambil masa yang agak lama untuk mengecas bateri besar berkapasiti 5000mAh.

  • Beli OPPO A5 2020 pada harga RM699 secara atas talian di:

Baca juga:

OPPO A9 2020 Dan OPPO A5 2020 Kini Rasmi Dengan Kuad Kamera Dan Speaker Stereo Pada Harga RM1199 Dan RM699

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend