[Pra-Pandang] Oppo 10x Lossless Zoom Dengan Hasil Gambarnya Comments Off on [Pra-Pandang] Oppo 10x Lossless Zoom Dengan Hasil Gambarnya 291

Selepas memperkenalkan teknologi 10x Lossless Zoom di acara MWC 2019 di Barcelona yang lepas, Oppo hari ini membawa peranti tersebut ke Malaysia untuk diuji oleh pengamal media tempatan.

Tiada nama khusus untuk peranti ini berikutan unit yang dibawakan adalah versi prototaip. Peranti ini memfokuskan kepada keupayaan kamera yang boleh zoom sehingga 10-kali yang dinamakan 10x Lossless Zoom.

Paparan bertakuk tetapi tiada kamera depan

Penerangan yang diberikan oleh pihak Oppo mengatakan peranti ini hadir dengan sistem tri-kamera – satu lensa ultra-lebar, satu lensa telefoto, dan yang terakhir lensa periskop. Oppo juga telah memasukkan sistem OIS yang terkini pada lensa periskop dan telefoto untuk memberikan rakaman yang stabil tanpa pengguna memerlukan tripod.

Panel belakang menggunakan bahan fabrik

Setelah mencuba merakam beberapa gambar pada jarak jauh, penulis mendapati kamera ini dapat melakukan tugasnya dengan baik. Subjek pada jarak jauh juga tidak tersasar daripada view finder (skrin telefon) walaupun zoom digital dilakukan sehingga 20-kali dengan norma tangan manusia.

Tri-kamera ultra-lebar, telefoto, dan periskop

Bagaimanapun, hanya satu butang sahaja yang ditawarkan di dalam aplikasi kamera peranti ini. Disebabkan ia masih dalam versi prototaip, tiada ciri penggambaran lain yang disertakan, malah simbol AI yang kebiasaannya digunakan juga tidak dipamerkan semasa penulis menguji peranti ini.

Antaramuka pada aplikasi kamera dan tetapan

Setelah membuka tetapan, informasi menunjukkan peranti menggunakan nama ‘Oppo R11s’ dan ia dikuasakan cipset ‘Snapdragon 660’.

Walau bagaimanapun, spesifikasi ini tidak boleh dipercayai sama sekali kerana setelah melakukan sedikit kaji selidik menggunakan aplikasi khas, penulis mendapati peranti ini sebenarnya hadir dengan cipset Snapdragon 855 bersama memori RAM sebesar 8GB RAM.

Hasil Gambar

Baca juga:

Teknologi Kamera ’10x Lossless Zoom’ Keluaran OPPO Akan Dikomersialkan Pada Separuh Pertama Tahun 2019

OPPO Akan Lancar Peranti Dengan Teknologi 10x Lossless Zoom, Snapdragon 855 Dan 5G Pada Suku Kedua Tahun 2019

Sekitar 2 Juta Unit Telefon Pintar OPPO Dengan Sokongan ’10x Lossless Zoom’ Akan Dibekalkan Menjelang April Nanti

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend