[Pra-Pandang] Huawei WiFi Q2 Mampu Menstabilkan Sambungan Rangkaian WiFi 5GHz Di Rumah Atau Pejabat Comments Off on [Pra-Pandang] Huawei WiFi Q2 Mampu Menstabilkan Sambungan Rangkaian WiFi 5GHz Di Rumah Atau Pejabat 632

Tidak dinafikan lagi bahawa rangkaian WiFi dengan frekuensi 5GHz mampu menjanjikan data Internet yang jauh lebih pantas berbanding WiFi 2.4GHz. Namun begitu isu paling menjengkelkan pada WiFi 5GHz adalah jarak sambungan yang agak terhad dan perkara ini menyebabkan isyarat rangkaian yang lemah ataupun sambungan rangkaian akan terputus apabila anda berada jauh dari penghala (router).

Huawei WiFi Q2 berupaya memastikan sambungan rangkaian WiFi 5GHz yang stabil dan pantas untuk ruang yang luas.

Isu sambungan WiFi 5GHz ini lebih menjengkelkan sekiranya anda menggunakannya di dalam rumah dan ruang pejabat yang memiliki saiz yang besar ataupun dengan binaan bertingkat. Jadi bagi memastikan kestabilan sambungan rangkaian WiFi 5GHz yang lebih pantas dan stabil, penggunaan Huawei WiFi Q2 adalah sangat praktikal.

Apa itu Huawei WiFi Q2?!


Huawei WiFi Q2 merupakan sistem PLC/WiFi hibrid pertama di dunia yang boleh digunakan untuk menghantar isyarat sambungan WiFi 5GHz yang lebih pantas pada ruang yang lebih luas. Teknologi hibrid yang disokong oleh Huawei WiFi Q2 membolehkan anda mendapatkan rangkaian 5GHz sepantas 867Mbps ataupun mencecah sehingga 1Gbps dengan sambungan sistem G.hn PLC.

Harga dan ketersediaan Huawei WiFi Q2:

  • RM999
  • https://shop.huawei.com/my/
  • Anda juga boleh membelinya terus di Satu Gadget Dot Com cawangan Menara PGRM (Cheras) dan SS15 (Subang Jaya)

Spesifikasi:

  • CPU:  Realtek RTL 8197FS
  • Cip WiFi 2.4GHz: CPU terbina dalam (2×2 WiFi 2.4GHz 11n)
  • Cip WiFi 5GHz: RTL 8812BRH (2×2 WiFi 5GHz 11ac)
  • RAM: 128 Mbytes DDR2
  • Flash Memory: 128 Mbytes NAND FLASH
  • WLAN: 2×2 802.11ac & 2×2 802.11n (1167 Mbps)
  • 183.5 x 112 x 73.3mm
  • 495g

Kotak pembungkusan

Bahagian depan kotak pembungkusan
Bahagian belakang kotak pembungkusan

Apa ada di dalam kotak…



Sebaik sahaja kotak dibuka, terdapat tiga unit Huawei WiFi Q2 diberikan dan di bahagian bawah kotak ada disediakan dengan aksesori tambahan. Penyediaan tiga unit Huawei WiFi Q2 atau juga dikenali sebagai Base ini mampu memastikan liputan rangkaian 5GHz yang stabil dan pantas untuk keluasan sehingga 6500 kaki persegi.

Aksesori


Di dalam kotak pembungkusan itu turut disediakan dengan aksesori tambahan iaitu satu kabel LAN, tiga kabel kuasa, buku panduan dan juga kad jaminan waranti.

Butang kawalan


Huawei WiFi Q2 tersedia dengan satu sahaja butang fizikal dan ia boleh digunakan untuk tujuan sambungan ke rangkaian ataupun bagi tujuan menetapkan semula peranti ke mod kilang.

Bahagian atas dan bawah Huawei WiFi Q2


Rekaan Huawei WiFi Q2 berbentuk bujur dan rekaan bahagian atas hanya tersedia dengan cetakan logo Huawei. Manakala bahagian bawahnya pula memaparkan stiker maklumat berkaitan peranti ini. Anda juga boleh menemui lubang pelepasan haba yang agak besar.

Penyediaan port


Bahagian belakang Huawei WiFi Q2 tersedia dengan satu port AC 100-240V dan tiga port WAN/LAN. Ini bermakna anda boleh menyambungkan ketiga-tiga unit ini dengan menggunakan kabel ethernet ataupun menggunakan sambungan tanpa wayar.

Cara sambungan yang sangat mudah…

Sokongan sambungan rangkaian hibrid pada Huawei WiFi Q2 ternyata sangat mudah kerana anda hanya perlu membuat konfigurasi WiFi pada unit utama, dan dua unit lagi hanya boleh dikuasakan menggunakan kabel kuasa yang disediakan untuk sambungan secara automatik. Huawei WiFi Q2 juga memiliki sistem pintar yang mampu mengoptimumkan saluran WiFi bagi memastikan kualiti WiFi yang terbaik.

Pengurusan WiFi menggunakan aplikasi…


Bagi memudahkan anda untuk menguruskan rangkaian WiFi di rumah mahupun pejabat, anda boleh memuat turun aplikasi Huawei Smart Home. Melalui bantuan aplikasi di dalam telefon pintar, anda bebas untuk mengehadkan kelajuan, membenarkan sambungan individu luar (guest), menentukan masa sambungan WiFi dan juga menjedakan (pause) sambungan WiFi pada peranti anak kecil.

Baca juga:

Huawei WiFi Q2 Untuk Kestabilan Rangkaian Kini Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM999

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend