Poster Rasmi Realme X Mengesahkan Rekaan Kamera Depan Terangkat, Dwi Kamera dan Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Comments Off on Poster Rasmi Realme X Mengesahkan Rekaan Kamera Depan Terangkat, Dwi Kamera dan Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin

Melalui akaun rasmi Realme di laman sosial popular di China iaitu Weibo, rekaan penuh telefon pintar yang paling dinanti-nantikan iaitu Realme X telah berjaya didedahkan kepada umum.

Berdasarkan pendedahan poster rasmi Realme X yang dikongsikan itu, tarikh pelancaran Realme X telah disahkan akan diadakan pada 15 Mei 2019 ini. Pendedahan teks pada poster itu juga turut mengesahkan bahawa Realme X akan dilengkapi dengan dwi kamera beresolusi 48MP.

Realme X juga dilihat tampil dengan paparan skrin penuh dengan saiz bezel bawah yang agak sederhana saiznya, selain itu ia juga menyokong teknologi pengimbas cap jadi di dalam skrin. Manakala kamera depannya pula menampilkan rekaan kamera terangkat yang ditempatkan pada bahagian tengah kerangkanya.

Ia juga dipercayai akan ditawarkan dalam dua warna cerun yang sangat menarik iaitu biru, dan juga putih mutiara dengan efek permukaan yang menarik perhatian.

Ketirisan spesifikasi Realme X:

  • Qualcomm Snapdragon 710
  • ColorOS 6.0 (Android 9.0 Pie)
  • 6.5 inci AMOLED FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • 4GB RAM
  • Kamera utama: 48MP (Sony IMX586) + 5MP
  • Kamera depan: 16MP
  • Kapasiti bateri dijangkakan sekitar 3700 mAh
  • Pengecasan pantas VOOC 3.0

Baca juga:

Imej Sebenar Realme X Berjaya Didedahkan Dan Turut Disahkan Sokong Kamera 48MP

Realme X dan Realme X Youth Edition Disahkan Akan Dilancarkan Pada 15 Mei 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend