Poster Acah Siri Huawei P30 Memperlihatkan Kehebatan Kameranya Dengan Fungsi ‘Super Zoom’ Comments Off on Poster Acah Siri Huawei P30 Memperlihatkan Kehebatan Kameranya Dengan Fungsi ‘Super Zoom’

Dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Mac ini, Huawei baru-baru ini telah berkongsi beberapa poster acah untuk siri Huawei P30 yang hadir dengan sokongan fungsi kamera ‘Super Zoom’ yang berupaya menjanjikan keupayaan penggambara terbaik.

Ketirisan imej pengolokan Huawei P30 Pro

Buat masa ini hanya model Huawei P30 Pro sahaja telah disahkan akan hadir dengan teknologi modul kamera jenis periskop yang menjanjikan kuepayaan 10x zum, iaitu bersamaan 16-125mm berbanding 17-80mm pada model P30. Selain itu, Huawei P30 Pro juga dilaporkan menyokong aperture sekitar f/1.6 hingga f/3.4, dan juga konfigurasi empat kamera dengan lensa ToF.

Berdasarkan poster acah yang dikongsikan itu, ia jelas menyaksikan keupayaan zum yang sangat tajam, dan dalam masa yang sama hadir dengan mod khas malam yang telah dipertingkatkan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sama-sama kita nantikan pelancaran siri Huawei P30 pada 26 Mac nanti di Paris.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend