Poster Acah Meizu 16 Dikongsi Memperlihatkan Rekaan Depan Dan Tarikh Pelancaran Comments Off on Poster Acah Meizu 16 Dikongsi Memperlihatkan Rekaan Depan Dan Tarikh Pelancaran

Meizu hari ini telah mengeluarkan satu poster acah menunjukkan tarikh pelancaran Meizu 16, sebuah peranti kelas induk generasi terbaharu untuk tahun ini bagi menggantikan Meizu Pro 7 tahun lalu. Tarikh yang dipilih pula ialah pada 8 Ogos 2018.

Selain tarikh, poster berkenaan turut mengandungi imej panel depan menunjukkan Meizu 16 menggunakan skrin hampir penuh tanpa takuk – kebanyakan banyak pengeluar cuba lakukan sebaliknya. Saiz bezel nampaknya tampil dengan lebih nipis di dagu dan dahi peranti. Sementara bezel sisi akan digayakan dengan paparan melengkung.

Memandangkan ia tidak hadir dengan pengimbas cap jari biometrik, ia akan digantikan dengan sistem keselamatan imbasan pada skrin. Bagaimanapun setakat ini pihak Meizu tidak berkongsi rupa belakang peranti, kemungkinan sistem dwi kamera akan diletakkan bersama.

Setakat artikel ini ditulis, Meizu telah membuka pra-tempahan untuk peranti ini. Meizu 16 dilaporkan akan mengenakan spesfikasi seperti skrin berteknologi Super AMOLED daripada Samsung, memori RAM sehingga 8GB, dan cipset Qualcomm Snapdragon 845 untuk model Plus.

Kamera Sony IMX380 akan diguna pakai diikuti integrasi penggambaran AI dan sistem audio stereo. Ada sumber mengatakan ia adalah telefon pintar ternipis pernah dihasilkan oleh Meizu. Ketebalan telefon ini ialah 7.3mm dan seberat 152g. Unit pengecasan dikhabarkan menyalurkan kuasa sehingga 32W.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend