Porsche Design Huawei Mate RS Menjadi Telefon Pintar Pertama Di Dunia Sokong Storan 512GB 0 140

Sebagaimana siri Porsche Design sebelum ini, Huawei Mate RS menampilkan rekaan klasik premium dengan permukaan panel depan dan belakang yang lebih lembut dan simetri, diinspirasikan dari rekaan Porsche RS. Berbeza dengan siri P yang memilik takuk pada bahagian atas skrin, Huawei Mate RS membawakan rekaan paparan OLED konvensional berukuran 6.0 inci dengan resolusi QHD+ (2880 x 1440 piksel).

Jika dilihat semula, sokongan spesifikasi Huawei Mate RS ini sebenarnya tidak jauh berbeza dengan Huawei P20 Pro kerana ia turut dikuasakan oleh pemproses HiSilicon Kirin 970, bateri berkapasiti 4000 mAh, keupayaan penggambaran tiga kamera LEICA beresolusi 40 Megapiksel (RGB, f/1.8) + 20 Megapiksel (Monokrom, f/1.6) + 8 Megapiksel (Telefoto, f/2.4), kamera swafoto 24 Megapiksel, dan juga kalis air IP67.

Apa yang menjadikan Huawei Mate RS lebih istimewa dan premium, ia merupakan peranti pertama dari Huawei yang hadir dengan sokongan teknologi pengecas tanpa wayar, dan juga teknologi pengimbas cap jari pada skrin tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan sensor pengimbas cap jari pada panel belakangnya.

Huawei Mate RS juga menjadi peranti pertama di dunia yang menawarkan pilihan storan mencecah sehingga 512GB dengan RAM berkapasiti 6GB. Aspek hiburannya juga tidak diabaikan dengan kehadiran speaker stereo yang menerima sentuhan Dolby Atmos Cinematic 3D Sound dan Dual SLS (Super Linear System).

Peranti premium edisi terhad ini boleh dimiliki dalam warna hitam atau merah dan akan dijual pada harga €1695 (kira-kira RM8029) untuk varian 256GB, manakala varian 512GB pula akan dijual pada harga €2095 (kira-kira RM9923). Huawei Malaysia dilaporkan akan melancarkan model ini di Malaysia pada bulan Mei nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend