Porsche Design Huawei Mate 20 RS Turut Menampilkan Tiga Kamera LEICA Dengan Kemasan Kulit 0 226

Selain melancarkan Mate 20 dan Mate 20 Pro, Huawei turut mengumumkan satu lagi model premiumnya iaitu Porsche Design Huawei Mate 20 RS. Berbeza dengan rekaan sebelum ini, Huawei Mate 20 RS kini menampilkan kemasan rekaan panel belakang yang telah diperbaharui iaitu menggabungkan antara kaca dan juga kulit asli.

Porsche Design Huawei Mate 20 RS ini menyokong spesifikasi yang sama seperti Mate 20 Pro iaitu teknologi pengecasan pantas 40W, pengecasan tanpa wayar 15W dengan keupayaan untuk mengecas peranti lain, menyokong speaker stereo, dan juga penggambaran tiga kamera daripada LEICA.

Dikuasakan dengan pemproses Kirin 980, ia juga menjanjikan kapasiti RAM yang agak besar iaitu 8GB dengan dua pilihan storan iaitu 256GB dan juga 512GB. Malah sama seperti Mate 20 Pro, ia hadir dengan keselamatan biometrik menggunakan 3D Depth Sensing Camera untuk tujuan menyah-kunci menggunakan pengecaman wajah, dan juga ciri pengimbas cap jari pada skrin.

Terdapat dua warna pilihan ditawarkan untuk kemasan kulit asli pada Porsche Design iaitu hitam dan juga merah. Varian 256GB akan dijual pada harga €1,695 (kira-kira RM8,140), manakala varian 512GB pula berharga €2,095 (kira-kira RM10,060). Tetapi perlu diingatkan bahawa harga jualan di Eropah sememangnya mahal berbanding negara lain dan sebagai rujukan, Huawei Malaysia sebelum ini menjual siri ini pada harga RM6,999.

Spesifikasi Porsche Design Huawei Mate 20 RS:

  • EMUI 9.0 (Android 9.0 Pie)
  • Kirin 980 (7nm) dengan dwi NPU
  • Rekaan takuk lebih besar
  • 6.39 inci Curved OLED 2K+ (3120 x 1440 piksel)
  • Nisbah paparan 19.5:9
  • 4200 mAh (10V4A)
  • Kamera utama: 40MP (f/2.2) + 20MP (f/1.8) + 8MP (f/2.4) dengan 3x zum optikal
  • Kamera hadapan: 24MP + Dot Projector + Flood Illuminator + IR Camera
  • IP68
  • Pengimbas cap jari pada skrin dan 3D Face Unlock
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend