Polisi Apple Baharu Membenarkan Peranti Dibaiki Walaupun Ia Menggunakan Bateri Pihak Ketiga Comments Off on Polisi Apple Baharu Membenarkan Peranti Dibaiki Walaupun Ia Menggunakan Bateri Pihak Ketiga

Apple dilaporkan secara senyap-senyap menyusun semula polisi jaminan berkaitan pembaikan peranti di Genius Bar dan Apple Authorised Service Provider (AASP). Perubahan polisi ini sekaligus membolehkan pengguna membaiki peranti mereka walaupun bateri yang digunakan daripada pihak ketiga.

Berdasarkan apa yang dilaporkan MacRumors, sekiranya kerosakan melibatkan bateri, Genius Bar dan AASP kini dibenarkan untuk meneruskan pembaikan menggunakan bateri tulen tanpa mengenakan cas lebihan. Bagaimanapun, kapasiti bateri yang perlu ditukar hendaklah kurang daripada 60%.

Menariknya, jika peranti yang dibuka didapati berpunca daripada tab bateri yang rosak atau hilang atau pelekat yang berlebihan, pihak Genius Bar dan AASP dibenarkan untuk menukar keseluruhan peranti kepada unit yang baharu mengikut kos bateri yang telah dipersetujui.

Genius Bar dan AASP juga dibenarkan membaiki peranti yang mengalami kerosakan pada paparan, papan logik, mikrofon, dan sebagainya walaupun bateri pihak ketiga tidak mempunyai sebarang masalah.

Ini merupakan berita baik buat semua pengguna yang mana Apple sebelum ini sangat cerewet tentang polisi jaminan peranti mereka. Kemas kini polisi terbaharu ini telah dikuatkuasakan bermula hari ini dan mungkin akan diguna pakai di seluruh dunia.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend