Polis London Menguji Sistem Pengecaman Wajah Secara Langsung Comments Off on Polis London Menguji Sistem Pengecaman Wajah Secara Langsung

Baru-baru ini Polis London telah meletakkan beberapa kamera di sekitar bandar London bersempena dengan sambutan Hari Natal. Ujian selama lapan jam sepanjang dua hari itu bertujuan mengenal pasti penjenayah dan pesalah yang dikehendaki pihak polis dan mahkamah.

Sistem pengecaman wajah yang dipacakkan di sekitar ibu kota itu telah disambungkan secara langsung ke pengkalan data. Ujian ini telah dilakukan secara terbuka malah notis pemberitahuan berupa poster juga telah diletakkan di tepi-tepi jalan.

Berdasarkan laporan yang diterima, sistem ini masih gagal kerana hampir 98 peratus wajah yang dirakam langsung tidak padan. Bagaimanapun, London kini sedang mempertimbangkan penggunaan teknologi sistem pengecaman wajah di acara sukan dan festival pada masa akan datang.

Pada kami, teknologi sebegini patut digunakan di Malaysia lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur untuk mengurangkan penjenayah daripada terus berlegar-legar di tempat awam.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend