Pokemon Go Catat 550 Juta Muat Turun Dengan Keuntungan Mencecah Sekitar RM10 Bilion Comments Off on Pokemon Go Catat 550 Juta Muat Turun Dengan Keuntungan Mencecah Sekitar RM10 Bilion 278

Melalui laporan yang telah dikongsikan baru-baru ini, penganalisa pasaran iaitu Sensor Tower telah mendedahkan bahawa sebanyak 640 juta muat turun permainan yang dibangunkan oleh Niantic telah dicatatkan setakat ini. Berdasarkan jumlah tersebut, 86% atau bersamaan 550 juta daripada jumlah muat turun itu adalah permainan Pokemon Go.

Bahkan Niantic juga dilaporkan telah berjaya mencatatkan keuntungan mencecah USD2.5 bilion iaitu bersamaan dengan RM10.22 bilion, dan angka ini tidak termasuk keuntungan melalui peranti Android di China. Lebih mengejutkan, 98% daripada keuntungan itu telah diperolehi melalui permainan Pokemon Go dengan mencatatkan lebih kurang USD2.45 bilion iaitu kira-kira RM10 bilion.

Amerika Syarikat merupakan negara penyumbang terbesar dengan 35% (USD875 juta atau kira-kira RM3.58 juta), diikuti oleh Jepun dengan 29% (USD725 juta atau kira-kira RM2.96 juta).

Baca juga:

Lelaki Berusia 59 Tahun Ini Menggunakan 11 Telefon Pintar Yang Dipasang Pada Basikal Untuk Bermain Pokemon GO

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend