Pocophone F1 Lite Dengan Sokongan Snapdragon 660 Dan 4GB RAM Bakal Diperkenalkan Comments Off on Pocophone F1 Lite Dengan Sokongan Snapdragon 660 Dan 4GB RAM Bakal Diperkenalkan 417

Xiaomi sebelum ini telahpun memperkenalkan jenama baharunya iaitu Poco melalui penawaran model Pocophone F1 yang telah menerima sambutan yang sangat positif. Ini berikutan ia menawarkan spesifikasi peranti mercu pada harga yang sukar dicabar oleh kebanyakan pengeluar lain.

Dalam diam-diam Poco sebenarnya telah mempunyai perancangan yang lebih mesra poket pengguna apabila bakal hadir dengan model Pocophone F1 Lite. Perkara ini telah berjaya disahkan melalui pendedahan yang diperolehi melalui pangkalan data ujian penanda aras Geekbench.

Pocophone F1 Lite sebelum ini pernah muncul di Geekbench dengan menggunakan nama kod ‘Xiaomi uranus’.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, Pocophone F1 Lite akan dikuasakan dengan cipset kelas pertengahan Qualcomm Snapdragon 660. Peranti ini yang menyokong RAM berkapasiti 4GB dan dioperasikan dengan Android 9.0 Pie telah mencatatkan skor single-core sebanyak 1341 poin dan juga skor multi-core sebanyak 4830 poin.

sumber

Baca juga:

[Tips] Cara Memperbaiki Kelajuan Sambungan GPS Pada Peranti Pocophone F1

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend