Pocophone F1 Dijanjikan Dengan Penerimaan Kemas Kini Android Q Pada Masa Akan Datang Comments Off on Pocophone F1 Dijanjikan Dengan Penerimaan Kemas Kini Android Q Pada Masa Akan Datang

Apabila sebut sahaja peranti berkuasa dengan harga jualan yang di bawah RM1500, Pocophone F1 sering menjadi pilihan rata-rata pengguna yang inginkan peranti berprestasi tinggi. Ini kerana ia telah dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 845 dengan sokongan teknologi penyejukan yang sesuai untuk aktiviti gaming.

Sementara menunggu penerimaan kemas kini Android 9.0 Pie yang bakal diterima tidak lama lagi, Ketua Produk Pocophone baru-baru ini telah mengesahkan bahawa model itu bakal menerima satu lagi kemas kini utama pada masa akan datang iaitu Android Q.

Pengumuman ini merupakan satu berita baik buat pemilik Pocophone F1, namun begitu masih terlalu awal untuk kita bercerita tentang perkara itu memandangkan versi baharu itu akan hanya diperkenalkan pada tahun hadapan. Tambahan pula kemas kini MIUI Beta ROM dengan sokongan Widevine L1 untuk peranti itu akan hanya diberikan pada penghujung tahun ini.

Baca juga:

Pocophone F1 Akan Menyokong Penstriman HD, Kemas Kini Beta Bakal Diperkenalkan Sebelum Penghujung Tahun Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend