Pocophone F1 Bakal Terima Sokongan Rakaman Video 4K 60fps Tidak Lama Lagi Comments Off on Pocophone F1 Bakal Terima Sokongan Rakaman Video 4K 60fps Tidak Lama Lagi

Pocophone F1 ialah telefon pintar mercu yang masih lagi menjadi perhatian para pengguna. Ini kerana harga yang diletakkan sangat rendah untuk sebuah peranti berspesifikasi tinggi.

Terdahulu, MIUI 10 Beta telah membawakan beberapa ciri baharu kepada para pengguna Pocophone F1, antaranya sokongan rakaman video gerak perlahan sehingga 960fps dan mod Super Low-light. Dua ciri ini juga akan tersedia dalam kemas kini Stable dalam dua minggu lagi.

Pada masa sama, turut diberitahu adalah sokongan video 4K pada 60fps yang akan diterima sekitar bulan Februari kelak. Pihak Pocophone juga masih lagi berusaha untuk menyediakan lesen Widevine L1 untuk pengguna menstrim video Netflix atau sebagainya dalam resolusi HD penuh.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend