Pocophone F1 Bakal Terima Kemas Kini ‘Game Turbo’ Untuk Pengalaman Permainan Terbaik Comments Off on Pocophone F1 Bakal Terima Kemas Kini ‘Game Turbo’ Untuk Pengalaman Permainan Terbaik

Melalui perkongsian di forum Xiaomi berbahasa Sepanyol, pemilik Pocophone F1 dilaporkan sudah mula menerima fungsi ‘Game Turbo’ yang tersedia dalam kemas kini beta versi 9.3.21. Melalui penawaran fungsi ini, ia secara automatik akan memastikan sistem peranti akan dioptimumkan ruangnya bagi kelancaran permainan.

Sama seperti Xiaomi Mi 9, fungsi ‘Game Turbo’ ini turut menawarkan pelbagai ciri-ciri praktikal seperti screenshot, rakaman video skrin, dan juga akses pantas untuk pengaktifan WiFi atau data mudah alih. Lebih menariknya, aplikasi pihak ketiga seperti WhatsApp, Facebook, atau pelayar web boleh dibuka dalam tetingkap kecil ketika sedang bermain.

Bahkan melalui fungsi ‘Game Turbo’ juga, anda boleh memantau status penting seperti peratusan bebanan pada GPU atau CPU, dan juga fps permainan. Namun begitu, fungsi ini hanya tersedia untuk MIUI Global beta ROM sahaja dan akan ditawarkan untuk MIUI ROM versi stabil pada masa akan datang.

sumber

Baca juga:

Ketirisan Skor Yang Didakwa Milik Pocophone F1 Lite Dan Pocophone F2 Di Geekbench Ternyata Palsu!!!

[Tips] Cara Memperbaiki Kelajuan Sambungan GPS Pada Peranti Pocophone F1

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend