Pocophone F1 Armoured Edition Akan Turut Diperkenalkan Dalam Varian 64GB Comments Off on Pocophone F1 Armoured Edition Akan Turut Diperkenalkan Dalam Varian 64GB

Pocophone F1 sebelum ini telah berjaya mencipta satu fenomena dalam industri telefon pintar apabila ia telah mendapat perhatian pengguna yang menginginkan sebuah peranti gaming berkuasa pada harga yang lebih mampu milik.

Seperti yang kita sedia maklum, Pocophone F1 dalam edisi istimewa dengan panel belakang yang diperbuat daripada Kevlar iaitu Armoured Edition hanya ditawarkan dalam varian iaitu 8GB + 256GB untuk pasaran di China dan India, manakala varian 6GB + 128GB pula telah ditawarkan untuk pasaran Malaysia dan juga Indonesia.

Menariknya mysmartprice baru-baru ini telah mendedahkan bahawa Pocophone F1 Armoured Edition akan turut ditawarkan dalam varian paling rendah iaitu 6GB + 64GB. Namun begitu buat masa ini masih belum dapat disahkan secara rasmi, tetapi menurut jangkaan ia akan dijual pada harga Rs.21,999 (kira-kira RM1,320).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend