POCO Launcher Kini Sokong Fungsi Baharu Yang Dikenali Sebagai ‘Customize Layout’ Comments Off on POCO Launcher Kini Sokong Fungsi Baharu Yang Dikenali Sebagai ‘Customize Layout’

Berbeza dengan antaramuka peranti Xiaomi yang lain, Pocophone F1 hadir dengan sokongan antaramuka tersendiri yang dikenali sebagai MIUI for Poco. Malah ia juga memiliki keistimewaan kerana menyokong talam aplikasi (app drawer) yang secara automatik boleh mengasingkan jenis aplikasi kepada kategori berbeza.

Seperti yang kita ketahui, aplikasi pelancar POCO Launcher sudahpun boleh dicuba pada peranti Android yang lain dan boleh dimuat turun secara percuma di Play Store. Menariknya baru-baru ini satu kemas kini terbaharu telah diperkenalkan untuk pelancar tersebut yang dikenali sebagai ‘Customize Layout’.

Melalui penyediaan fungsi baharu ini, pengguna boleh melaras ikon aplikasi sehingga lima saiz berbeza. Selain itu pengguna juga boleh menentukan grid desktop iaitu antara tiga hingga lima aplikasi pada satu grid.

Muat turun: POCO Launcher

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend