Poco Launcher Kini Menyertakan Mod Gelap Untuk Semua Peranti Android Comments Off on Poco Launcher Kini Menyertakan Mod Gelap Untuk Semua Peranti Android

Poco Launcher merupakan pelancar yang dibangunkan oleh Xiaomi untuk peranti Pocophone. Ia menawarkan pengalaman antaramuka yang sedikit lancar dan ringkas berbanding antaramuka MIUI sedia ada. Menariknya, Poco Launcher turut disajikan kepada pengguna Android lain menerusi gedung Google Play Store.

Terkini, Poco Launcher telah dikemas kini dengan menyertakan tema mod gelap. Melaluinya, pengguna kini boleh memilih untuk mengoperasikan peranti mereka sama ada dalam mod terang mahupun mod gelap pada bila-bila masa.

Mod gelap diberikan atas permintaan pengguna sebelum ini, ia sedikit sebanyak dapat memberikan keselesaan kepada mata pengguna apabila menggunakan peranti dalam persekitaran gelap.

Tampalan pepijat telah dilakukan pada versi terbaru ini dan pada masa sama pihak Xiaomi turut memasukkan beberapa ciri menarik untuk diguna pakai. Pilihan mod gelap ini turut ditawarkan kepada pengguna beta MIUI kecuali pengguna Pocophone. Bagaimanapun, pihak Xiaomi dalam proses menyediakan mod stabil untuk semua pengguna dan akan dilepaskan tidak lama lagi.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend