POCO Launcher Berjaya Catat 2 Juta Muat Turun Di Google Play Store Comments Off on POCO Launcher Berjaya Catat 2 Juta Muat Turun Di Google Play Store

Sejak Pocophone F1 dilancarkan secara rasmi pada tahun lepas, ia telah mencetuskan fenomena di kalangan pengguna telefon pintar apabila 700,000 unit berjaya terjual dalam tempoh 3 bulan pertama. Berikutan sambutan yang sangat positif, Xiaomi juga telah mengambil peluang yang ada dengan menawarkan aplikasi pelancar iaitu ‘POCO Launcher’ di Google Play Store.

Dengan antaramuka yang agak ringkas dan dalam masa yang sama menjanjikan kelancaran pengoperasian, ramai pemilik peranti Android telah memuat turun pelancar ini pada telefon pintar milik mereka. Hari ini melalui akaun rasmi MIUI di Twitter, satu pengumuman telah dibuat yang menyaksikan sebanyak 2 juta pengguna telah memuat turun ‘POCO Launcher’.

Muat turun aplikasi pelancar ‘POCO Launcher’:

Baca juga:

POCO Launcher Kini Sokong Fungsi Baharu Yang Dikenali Sebagai ‘Customize Layout’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend