POCO F2 Pro Kini Rasmi Dengan Spesifikasi Tinggi Pada Harga Terendah Comments Off on POCO F2 Pro Kini Rasmi Dengan Spesifikasi Tinggi Pada Harga Terendah

Peranti Android yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini iaitu POCO F2 Pro akhirnya dilancarkan sebentar tadi. Ia merupakan peranti dengan spesifikasi tinggi yang mengenakan harga jauh lebih murah berbanding peranti mercu lain di pasaran masa kini.

POCO F2 Pro hadir dengan reka bentuk yang sama seperi Redmi K30 Pro, ia dilengkapi cip pemproses Snapdragon 865, memori sehingga 8GB RAM LPDDR5, storan mencapai 256GB berasaskan UFS 3.1, dan kapasiti bateri 4700mAh yang menyokong pengecasan 30W.

Peranti ini juga dipadankan dengan skrin AMOLED 6.67-inci beresolusi FHD+ dengan sokongan HDR10+ tanpa kadar segar semula seperti 90Hz atau 120Hz – mungkin untuk mengurangkan kos pembuatan. Selain itu ia menyertakan pengimbas cap jari pada skrin, sambungan WiFi 6, sokongan kalis air IP53, bicu audio 3.5mm, dan dijalankan di atas sistem operasi POCO Launcher 2.0 berasaskan Android 10.

Untuk kamera pula, POCO F2 Pro menawarkan kuadkamera belakang menerusi modul kamera bulat yang menempatkan lensa utama 64MP, ultralebar 13MP, telemakro, dan kedalaman. Kamera depan 20MP pula menggunakan mekanisma pop-naik.

Telefon ini dijual pada harga bermula €499 (~RM2159) untuk 6GB+128GB dan €599 (~RM2592) untuk 8GB+256GB dengan pilihan warna biru, putih, ungu, dan kelabu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend