POCO F2 Lite Tertiris Di Internet Dengan Snapdragon 765, 6GB RAM Dan 5000mAh?! Comments Off on POCO F2 Lite Tertiris Di Internet Dengan Snapdragon 765, 6GB RAM Dan 5000mAh?!

Xiaomi sebelum ini baru sahaja mengumumkan pengasingan jenama POCO yang kini tidak lagi akan dioperasikan sebagai sub-jenama Xiaomi. Bahkan tanda dagang untuk POCO F2 juga telah dimohon secara rasmi di China.

Menariknya YouTuber RevAtlas baru-baru ini telah mendedahkan kemunculan versi lebih mampu milik untuk POCO F2, iaitu dikenali sebagai POCO F2 Lite. Pendedahan ini secara tidak langsung bakal menyaksikan kemunculan beberapa model berbeza daripada POCO untuk tahun 2020 ini.

Berdasarkan perkongsian itu, imej POCO F2 Lite telah menyaksikan penggunaan takuk kecil pada bahagian tengah skrin, dan turut menyokong saiz bezel yang agak tebal pada bahagian bawah skrin.

Dari segi spesifikasi, POCO F2 Lite dikhabarkan akan dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 765, 6GB RAM, dan juga bateri berkapasiti 5000mAh. Ia juga dikatakan akan dioperasikan oleh MIUI berasaskan Android 10, dan juga kamera beresolusi 48MP.

Walau bagaimanapun, buat masa ini berita ini masih lagi belum dapat disahkan kesahihannya dan adalah lebih baik kita anggapkannya sebagai sekadar khabar angin sahaja.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend