POCO F2 Dengan Sokongan NFC, WiFi 6 Dan Rangkaian 5G Kini Melepasi Pengesahan SIRIM Comments Off on POCO F2 Dengan Sokongan NFC, WiFi 6 Dan Rangkaian 5G Kini Melepasi Pengesahan SIRIM

Jika 12 Mei 2020 ini bakal menyaksikan acara pelancaran rasmi untuk model POCO F2 Pro yang akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 865, nampaknya pasaran Malaysia pula akan menyaksikan kemunculan model POCO F2.

Didedahkan oleh peniris terkenal Mukul Sharma melalui ciapan di Twitter, POCO F2 dengan nombor model M2004J11G sudahpun melepasi pengesahan SIRIM di Malaysia.

Apa yang menariknya, POCO F2 untuk pasaran Malaysia ini turut disahkan akan menyokong teknologi sambungan yang lengkap dan terkini dengan adanya sokongan NFC, rangkaian 5G, dan juga WiFi 802.11ax (WiFi 6).

Buat masa ini tidak dapat disahkan jenis cipset yang akan disokong oleh POCO F2, tetapi kami menjangkakannya akan dilengkapi dengan cipset Snapdragon 855+ atau Snapdragon 855. Ini memandangkan model POCO F2 Pro bakal dikuasakan dengan cipset lebih berkuasa iaitu Snapdragon 865.

sirim

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend