Poco F1 Disahkan Sokong Quick Charge 4.0 Dan Tahan Percikan Air Comments Off on Poco F1 Disahkan Sokong Quick Charge 4.0 Dan Tahan Percikan Air

Pada penghujung bulan Ogos yang lalu, Poco selaku sub-jenama Xiaomi telahpun melancarkan model pertamanya iaitu Poco F1 untuk pasaran global. Dengan harga jualan hanya RM1,237 untuk pasaran tempatan, Poco F1 boleh dianggap antara telefon pintar paling berbaloi boleh dimiliki di pasaran buat masa ini.

Dengan sokongan spesifikasi hebat seperti pemproses Qualcomm Snapdragon 845, RAM 6GB dan juga ruang storan sehingga 128GB, ia menjanjikan prestasi premium pada harga mampu milik. Apa yang menariknya, bateri berkapasiti 4000 mAh pada Poco F1 telah disahkan menyokong Quick Charge 4.0 terbina-dalam yang sebelum ini tidak diumumkan secara rasmi dalam majlis pelancaran.

Selain teknologi pengecasan pantas, Poco India turut mengesahkan bahawa Poco F1 turut menerima pengiktirafan ciri kalis percikan air (water splash) oleh P2iLabs yang merupakan peneraju global bagi perlindungan nano kalis cecair. Kedua-dua perkara ini telah disahkan sendiri oleh Poco India melalui laman rasmi Twitter milik mereka baru-baru ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend