PlayStation Memilih Michelin Sebagai ‘Pembekal Tayar Rasmi’ Untuk Gran Turismo Championships Comments Off on PlayStation Memilih Michelin Sebagai ‘Pembekal Tayar Rasmi’ Untuk Gran Turismo Championships 277

Bertempat di PlayStation Theater, hari ini PlayStation telah mengumumkan untuk memilih Michelin sebagai ‘rakan teknologi tayar rasmi’ untuk francais permainan perlumbaan Gran Turismo.

Melalui perjanjian untuk tempoh beberapa tahun ini, Michelin turut menjadi ‘pembekal tayar rasmi’ untuk permainan Gran Turismo Championships. Ini bermakna jenama tayar Michelin akan dipersembahkan di dalam permainan sepanjang acara Jelajah Dunia berlangsung, dan juga di PlayStation Theater pada hujung minggu ini.

Kerjasama ini akan dimulakan dengan mendedahkan jenama Michelin melalui kandungan boleh muat turun percuma dalam Gran Turismo Sport yang akan tersedia untuk pengguna menjelang Oktober 2019 nanti. Buat pertama kalinya, kandungan muat turun bertemakan Michelin akan menampilkan:

  • Bahagian khas Michelin di muzium maya Gran Turismo Sport ‘Brand Central’, yang mana akan memperkenalkan pemain terhadap sejarah mendalam jenama Michelin dalam arena sukan permotoran, prestasi dan juga inovasi.
  • Teknologi tayar oleh Michelin akan disediakan di bahagian ‘Tuning’ dalam permainan Gran Turismo Sport.
  • Jenama Michelin akan turut dipamerkan pada pemandangan dalam permainan.

This slideshow requires JavaScript.

Menariknya Michelin akan turut berkongsi pengetahuannya secara terbuka dengan Sony, bagi mendedahkan pemain Gran Turismo terhadap strategi dan juga pilihan tayar yang sesuai dengan jenis perlumbaan, serta prestasi yang mirip seperti perlumbaan sebenar. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.michelin.com.my/auto/michelin-gran-turismo atau https://michelinmedia.com/gran-turismo/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend