Playstation 5 Sah Akan Dilancarkan Pada Akhir Tahun Depan Comments Off on Playstation 5 Sah Akan Dilancarkan Pada Akhir Tahun Depan 150

Setiap tujuh tahun Sony akan memperkenalkan generasi terbaru konsol permainan mereka dan hari ini nama akhir bagi konsol tersebut telah diumumkan secara rasmi.

Playstation 5 akan dilancarkan pada cuti akhir tahun 2020 iaitu penghujung tahun depan. Jadi bermakna, ia akan mula dijual kepada orang ramai tidak lama selepas itu sama seperti Playstation 4 yang dijual pada akhir tahun 2013.

Menurut CEO Sony Interactive Entertainment (SIE), Jim Ryan mengesahkan Playstation 5 akan didatangkan dengan alat kawalan yang menggunakan sistem getaran Haptic Feedback dan Adaptive Triggers yang mana jauh lebih baik berbanding DualShock 4.

Dualshock 4

DualShock 5 dikatakan akan dibekalkan bateri yang lebih besar untuk memberikan tempoh masa yang lebih panjang kepada pengguna. Selain itu, ia juga menyokong sambungan USB-C. Pada konsol itu sendiri, ia didakwa akan dikuasakan pemproses AMD Ryzen 3000 dan storan pula dari jenis SSD yang khabarnya boleh memainkan permainan 8K.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend