Plat Logam Dipercayai Milik iPhone Model 2019 Ini Mengesahkan Rekaan Tiga Kameranya Comments Off on Plat Logam Dipercayai Milik iPhone Model 2019 Ini Mengesahkan Rekaan Tiga Kameranya

Pemilik akaun Twitter yang terkenal dengan berita ketirisannya iaitu @VenyaGeskin1 baru-baru ini telah mendedahkan kerangka dalam yang dipercayai milik iPhone model 2019. Diperolehi melalui blog terkenal Weibo, ia memperlihatkan satu plat logam yang jelas memiliki tiga bahagian yang ditebuk dalam bentuk bulatan yang dipercayai untuk meletakkan tiga lensa kamera.

Berdasarkan saiz lubang yang ditebuk itu, dua daripadanya memiliki saiz yang sama dan satu lagi lubang pada bahagian bawah tampil sedikit lebih kecil. Manakala dua lubang lagi ditebuk dalam bentuk segi empat yang dipercayai untuk LED Flash dan juga sensor kamera.

Imej pengolokan iPhone model 2019 dalam warna hitam dan putih.

Selain itu, bahagian bawah plat logam itu turut memiliki lubang yang besar dipercayai bagi menempatkan induktif pengecasan tanpa wayar. Ketirisan imej ini secara tidak langsung telah mengesahkan lagi ketirisan imej pengolokan iPhone model 2019 yang pernah didedahkan pada awal tahun ini.

Baca juga:

Imej Pengolokan iPhone XI 2019 Memperlihatkan Sokongan Tiga Kamera

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend