Pixel Buds Melepasi Pensijilan Bluetooth, TWS Pertama Google Untuk Tahun Ini Comments Off on Pixel Buds Melepasi Pensijilan Bluetooth, TWS Pertama Google Untuk Tahun Ini

Acara MadebyGoogle pada bulan Oktober lalu telah memperlihatkan beberapa produk antaranya seperti Pixel 4 dan Pixel 4 XL, PixelBook Go, dan fon telinga tanpa wayar sebenar, Pixel Buds.

Jika pada masa itu Pixel Buds hanyalah sebuah projek prototaip tapi kini peringkat pengeluaran telahpun bermula apabila TWS tersebut telah muncul dalam senarai pensijilan Bluetooth baru-baru ini.

Terdapat dua kod nama dijumpai iaitu G1007 dan G1008 yang merujuk kepada Pixel Buds itu sendiri dan bekas pengecasnya.

Pixel Buds dikatakan menyokong Bluetooth 5.0 dan dikategorikan sebagai aksesori telefon pintar. Ia tidak membawa ciri audio berdefinisi tinggi seperti aptX codec memandangkan tiada data mengenai perkakasan Qualcomm pada fon telinga ini.

Pixel Buds berkemungkinan besar akan dilancarkan sebelum pertengahan tahun 2020, ia mungkin akan dilancarkan secara rasmi semasa acara Google I/O pada bulan Mei akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend