[Pilihan TeknoRatz] Telefon Pintar Terbaik Untuk Ogos 2018 0 2671

Seperti biasa setiap bulan ada sahaja telefon pintar baharu dilancarkan. Kami lihat para pengeluar kini sedang rancak memperkenalkan peranti gaming mereka kepada pengguna di Malaysia. Menariknya harga yang ditawarkan pula agak rendah dan rata-rata mampu dimiliki oleh semua. Jadi, seperti biasa kami akan senaraikan beberapa model yang kami pilih untuk dijadikan rujukan kepada anda.

Bawah RM1000

Kami mulakan dengan telefon pintar dibawah harga RM1000. Dalam julat harga ini sebenarnya ada banyak telefon dijual pada harga dibawah RM500, tetapi terus terang kami katakan pada harga sebegitu tidak banyak sebenarnya yang anda boleh dapat. Kami maksudkan ialah ‘telefon yang tidak lengkap’.

#1 – ASUS ZenFone Max Pro (M1)

Spesifikasi

  • IPS LCD 6.0″ 18:9 FHD+
  • Snapdragon 636 + Adreno 509
  • Android asli + Android 8.1 Oreo
  • 6GB RAM + 64GB ROM
  • 16MP + 5MP Snapdragon camera
  • 16MP Snapdragon camera
  • 5,000mAh microUSB
  • microSD sehingga 128GB
  • Triple slot
  • Hitam / Perak
  • RM999

#2 – Xiaomi Mi A2

Spesifikasi

  • IPS LCD 5.99″ 18:9 FHD+
  • Snapdragon 660 + Adreno 512
  • Android One + Android 8.1 Oreo
  • 4GB RAM + 64GB ROM
  • 12MP + 20MP AI dual pixel autofocus
  • 20MP Beautify 4.0
  • 3,010mAh USB Type-C QC 3.0
  • Dwi SIM / tiada slot microSD
  • Hitam / Emas / Biru muda
  • RM999

Bawah RM2,000

Pada julat harga ini kami yakin ramai dikalangan anda yang meletakkan bajet. Dua peranti yang kami pilih ialah memfokuskan kepada gaming tetapi daripada segi lain ia juga agak berkemampuan. Jadi ia sebenarnya ialah peranti yang sangat berbaloi untuk dimiliki.

#1 – Pocophone F1

Spesifikasi

  • IPS LCD 6.18″ 19:9 FHD+
  • Snapdragon 845 + Adreno 630
  • MIUI for Poco + Android 8.1 Oreo
  • 6GB RAM + 64GB ROM
  • 12MP + 5MP AI dual pixel autofocus
  • 20MP Beautify 4.0
  • 4,000mAh USB Type-C QC 3.0
  • Slot hibrid
  • Hitam / Biru
  • RM1237

#2 – Honor Play

Spesifikasi

  • IPS LCD 6.3″ 19:9 FHD+
  • Kirin 970 + Mali-G72 MP12
  • EMUI 8.2 + Android 8.1 Oreo + GPU Turbo
  • 4GB RAM + 64GB ROM
  • 16MP + 2MP AI Camera
  • 16MP 3D Lighting
  • 3,750mAh USB Type-C Quick Charge
  • Slot hibrid
  • Biru / Merah Jambu
  • RM1249

#3 – Xiaomi Mi 8

Spesifikasi

  • AMOLED 6.21″ 19:9 FHD+
  • Snapdragon 845 + Adreno 630
  • MIUI 9.5 + Android 8.1 Oreo
  • 6GB RAM + 64GB ROM
  • 12MP + 12MP AI dual pixel optical zoom
  • 20MP AI Beauty
  • 3,400mAh USB Type-C QC 4.0
  • Dwi SIM / tiada slot microSD
  • Biru / Hitam
  • RM1599

Bawah RM3,000

Bagi anda yang ada duit lebih atau bajet yang lebih besar, kami cadangkan anda pilih peranti yang lebih premium. Ya, memang spesifikasi untuk kategori ini hampir sama dengan peranti di bawah RM2,000. Tetapi, kelebihan yang ada pada peranti premium ialah binaannya lebih kemas dan mantap. Salah satu kelebihan yang ada ialah ciri kalis air dan debu dan storan yang lebih besar.

#1 – Huawei P20 Pro

Spesifikasi

  • OLED 6.1″ 19:9 FHD+
  • Kirin 970 + Mali-G72 MP12
  • EMUI 8 + Android 8 Oreo + (kemas kini GPU Turbo)
  • 6GB RAM + 128GB ROM
  • 40MP + 20MP + 8MP AI Camera
  • 24MP 3D Lighting
  • 4,000mAh USB Type-C SuperCharge
  • Dwi SIM / tiada slot microSD
  • Hitam / Biru / Twilight
  • RM2899

#2 – OnePlus 6

Spesifikasi

  • Optic AMOLED 6.28″ 19:9 FHD+
  • Snapdragon 845 + Adreno 630
  • OxygenOS 5.1 + Android 8.1 Oreo
  • 8GB RAM + 128GB ROM
  • 16MP + 20MP OIS
  • 16MP HDR
  • 3,300mAh USB Type-C 5V/4A (20W)
  • Kalis percikan air
  • Dua slot SIM
  • Putih / Merah
  • RM2,799

Bawah RM4,000

Ini merupakan peranti dengan harga paling mahal untuk rata-rata orang Malaysia. Jika peruntukkan bajet yang cukup besar, apa salahnya dapatkan peranti yang terbaik bukan? Semua kelengkapan pada peranti yang kami senaraikan adalah cukup awesome..

#1 – Samsung Galaxy Note 9

Spesifikasi

  • Super AMOLED 6.4″ 18:9 Curved QHD+
  • Snapdragon 845 + Adreno 630
  • Android 8.1 Oreo
  • 6GB RAM + 128GB ROM
  • 12MP + 12MP aperture boleh-laras f/2.4 ke f/1.5
  • 8MP f/1.7
  • 4,000mAh USB Type-C QC 2.0
  • Kalis percikan air
  • Slot hibrid (microSD sehingga 512GB)
  • Hitam / Biru / Tembaga
  • RM3,699

#2 – Oppo Find X

Spesifikasi

  • AMOLED 6.42″ 19:5:9 Curved FHD+
  • Snapdragon 845 + Adreno 630
  • ColorOS 5.1 + Android 8.1 Oreo
  • 8GB RAM + 256GB ROM
  • 20MP + 16MP Camera Stealth 3D
  • 25MP Omoji 3D Selfie
  • 3,730mAh USB Type-C VOOC
  • Kalis percikan air
  • Dwi SIM / tiada slot microSD
  • Merah / Biru
  • RM3,699

Itu sahaja pilihan kami untuk bulan Ogos 2018, semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pilihan yang lebih tepat. Kalau anda masih keliru atau buntu, boleh sahaja turunkan komen mana tahu kami boleh bagi cadangan. Selamat membeli~

*dua model yang kami senaraikan adalah pilihan yang terbaik dan yang tidak mengikut turutan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend