[Pilihan TeknoRatz] Telefon Pintar Terbaik Untuk Julai 2018 0 2292

Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada anda yang tidak henti-henti menyokong TeknoRatz. Jadi untuk menambahkan lagi kandungan sedia ada, hari ini kami ingin memperkenalkan ‘Pilihan TeknoRatz’ iaitu satu artikel khas bertujuan untuk membantu anda dalam membuat pilihan telefon pintar mengikut kemampuan. Slot ini akan disajikan kepada anda setiap penghujung bulan.

Bawah RM1000

Kami mulakan dengan telefon pintar dibawah harga RM1000. Dalam julat harga ini sebenarnya ada banyak telefon dijual pada harga dibawah RM500, tetapi terus terang kami katakan pada harga sebegitu tidak banyak sebenarnya yang anda boleh dapat. Kami maksudkan ialah ‘telefon tidak lengkap’.

#1 – Xiaomi Redmi Note 5

Spesifikasi

  • IPS LCD 5.99″ 18:9 FHD+
  • Snapdragon 636 + Adreno 509
  • MIUI 9 + Android 8.0 Oreo
  • 4GB RAM + 64GB ROM
  • 12MP + 5MP AI dual pixel autofocus
  • 13MP Beautify 4.0
  • 4,000mAh microUSB
  • microSD sehingga 128GB
  • Slot hibrid
  • Hitam / Emas / Biru muda
  • RM939

#2 – ASUS ZenFone Max Pro (M1)

Spesifikasi

  • IPS LCD 6.0″ 18:9 FHD+
  • Snapdragon 636 + Adreno 509
  • Android asli + Android 8.1 Oreo
  • 4GB RAM + 64GB ROM
  • 16MP + 5MP Snapdragon camera
  • 16MP Snapdragon camera
  • 5,000mAh microUSB
  • microSD sehingga 128GB
  • Triple slot
  • Hitam / Perak
  • RM849

Bawah RM2,000

Okay, dalam segmen harga ini kami telah membuat dua pilihan. Cadangan kami kepada anda yang mana sedang mencari telefon kelas induk pada harga lebih mampu milik, jenama ASUS dan Honor boleh dipertimbangkan. Dua peranti ini menawarkan perkakasan dalaman berkuasa tinggi dan fotografi AI yang cantik. Gelaran ‘flagship killer’ yang dibawa oleh jenama OnePlus kini tidak lagi relevan digunakan. Setakat ini ASUS dan Honor pilihan yang tersenarai.

#1 – ASUS ZenFone 5z

Spesifikasi

  • IPS LCD 6.2″ 19:9 FHD+
  • Snapdragon 845 + Adreno 630
  • ZenUI 5.0 + Android 8.0 Oreo
  • 6GB RAM + 128GB ROM
  • 12MP + 8MP AI Scene Detection
  • 8MP Beautification
  • 3,300mAh USB Type-C 9V/2A (18W)
  • microSD sehingga 512GB
  • Slot hibrid
  • Perak / Biru gelap
  • RM1,899

#2 – Honor 10

Spesifikasi

  • IPS LCD 5.84″ 19:9 FHD+
  • Kirin 970 + Mali-G72 MP12
  • EMUI 8.1 + Android 8.1 Oreo
  • 4GB RAM + 128GB ROM
  • 16MP + 24MP AI Camera
  • 24MP AI Camera
  • 3,400mAh USB Type-C 5V/4.5A (22.5W)
  • Dua slot SIM
  • Biru / Hijau / Kelabu / Hitam
  • RM1,599

Bawah RM3,000

Apa yang membuatkan kami memilih OnePlus 6 ialah antaramuka yang kemas berasaskan Android asli selain kebolehan fotografi yang baik selepas iPhone X. Namun begitu, daripada segi rekaan kami telah memiliih vivo NEX disebabkan kamera depan yang boleh disembunyi. Disamping tubuh badan dengan warna unik, ia juga hadir dengan spesifikasi yang mantap.

#1 – OnePlus 6

Spesifikasi

  • Optic AMOLED 6.28″ 19:9 FHD+
  • Snapdragon 845 + Adreno 630
  • OxygenOS 5.1 + Android 8.1 Oreo
  • 6GB RAM + 64GB ROM
  • 16MP + 20MP OIS
  • 16MP HDR
  • 3,300mAh USB Type-C 5V/4A (20W)
  • Kalis percikan air
  • Dua slot SIM
  • Hitam / Putih / Merah
  • RM2,399

#2 – Vivo NEX

Spesifikasi

  • Super AMOLED 6.59″ 19:3:9 FHD+
  • Snapdragon 845 + Adreno 630
  • FunTouch OS 4.0 + Android 8.1 Oreo
  • 8GB RAM + 128GB ROM
  • 12MP + 5MP AI Scene Recognition
  • 8MP boleh disembunyi
  • 4,000mAh USB Type-C 5V/4.5A (22.5W)
  • Pengimbas cap jari pada skrin
  • Dua slot SIM
  • Hitam
  • RM2,799

Bawah RM4,000

Untuk julat harga ini, kami telah menyenarai pendek peranti daripada jenama Huawei dan Apple. Model tersebut ialah Huawei P20 Pro dan Apple iPhone 8 Plus. Jika anda mencari telefon khas untuk fotografi sudah tentu P20 Pro menjadi pilihan, sementara iPhone 8 Plus pula sangat sesuai untuk mereka yang inginkan peranti dengan keupayaan seimbang seperti kelajuan pemprosesan dan ekosistem iOS yang kemas serta stabil.

#1 – Huawei P20 Pro

Spesifikasi

  • OLED 6.1″ 19:9 FHD+
  • Kirin 970 + Mali-G72 MP12
  • EMUI 8.1 + Android 8.1 Oreo
  • 6GB RAM + 128GB ROM
  • 40MP + 20MP + 8MP AI Camera
  • 24MP AI Camera
  • 4,00mAh USB Type-C 5V/4.5A (22.5W)
  • Slot hibrid
  • Twilight / Biru / Hitam
  • RM3,112

#2 – Apple iPhone 8 Plus

Spesifikasi

  • IPS LCD 5.5″ Retina Display
  • A11 Bionic + Apple GPU
  • iOS 11
  • 3GB RAM + 64GB ROM
  • 12MP + 12MP 3D Lighting
  • 7MP Live Photo
  • 2,691mAh Lightning
  • Kalis air IP67
  • Emas / Perak / Hitam / Merah
  • RM3,914

Itu sahaja pilihan kami untuk bulan Julai 2018 ini, harap-harap dapat membantu anda membuat pilihan yang bijak. Kalau anda masih keliru atau buntu, boleh sahaja turunkan komen mana tahu kami boleh bagi pendapat. Selamat membeli~

*dua model yang kami senaraikan adalah pilihan yang terbaik dan yang tidak mengikut turutan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend