[Pilihan TeknoRatz] Telefon Pintar Gaming Terbaik Untuk September 2018 Comments Off on [Pilihan TeknoRatz] Telefon Pintar Gaming Terbaik Untuk September 2018 6168

Pilihan TeknoRatz untuk bulan September ini kami telah buat keputusan untuk memfokuskan kepada telefon pintar yang sesuai untuk dibuat gaming. Kami faham bukan semua yang suka berswafoto atau sukakan telefon dengan warna-warna fancy. Jadi, bagi anda yang sedang mencari-cari telefon pintar gaming mana yang bersesuaian, kami telah senaraikannya di bawah.

#1 – Xiaomi Mi Max 3

Faktor utama kami memilih Xiaomi Mi Max 3 ialah kapasiti bateri peranti ini yang sangat besar iaitu 5,500mAh. Selain itu skrin paparan seluas 6.9-inci yang menjangkau tablet membuatkan ia sesuai untuk dijadikan alat hiburan. Jika anda tidak mempersoalkan tentang kelajuan semata-mata, peranti ini boleh dipertimbangkan.

Kekurangannya pula ialah ia tidak mampu memainkan permainan PUBG dengan kualiti HD. Ini kerana mengikut spesifikasi, cipset peranti ini tidak mampu untuk menampung resolusi imej sehingga HD atau HD penuh.

Spesifikasi

  • IPS LCD 6.9″ 18:9 FHD+
  • Snapdragon 636 + Adreno 509
  • Android asli + Android 8.1 Oreo
  • 4GB RAM + 64GB ROM
  • 12MP + 5MP f/1.9
  • 8MP f/2.0
  • 5,500mAh USB Type-C QC 3.0
  • Boleh dijadikan powerbank
  • microSD sehingga 256GB
  • Slot Hibird
  • Warna Hitam
  • RM1099

#2 – Honor Play

Perlu ke Honor Play diperkenalkan lagi? Bagi yang masih blur dengan peranti ini, Honor Play menjanjikan pengalaman gaming yang cukup baik. Kami sendiri pernah gunakan peranti ini selama beberapa minggu ternyata apa yang diketengahkan oleh Honor agak ‘menjadi’. Honor Play telah dikuasakan Kirin 970 dan ia merupakan peranti pertama Honor yang menyokong integrasi GPU Turbo serta 4D Gaming.

Kalau anda fokuskan kepada telefon pintar berkamera terbaik, ini bukan peranti yang patut dipilih. Tetapi, jika anda seorang pemain yang tegar atau sentiasa menghadap permainan berdefinasi tinggi, Honor Play perlu diberikan perhatian.

Spesifikasi

  • IPS LCD 6.3″ 19:9 FHD+
  • Kirin 970 + Mali-G72 MP12
  • EMUI 8.2 + Android 8.1 Oreo + GPU Turbo
  • 4GB RAM + 64GB ROM
  • 16MP + 2MP AI Camera
  • 16MP 3D Lighting
  • 3,750mAh USB Type-C Quick Charge
  • Slot hibrid
  • Warna Biru / Merah Jambu
  • RM1249 (Player Edition – RM1299)

#3 – Pocophone F1

Tidak lengkap senarai kami jika nama Pocophone tidak disebut. Ini dia model peranti yang menjadi kegilaan anak muda masa kini. Harga? Spesifikasi? Kebolehan? Jawapannya ada pada Pocophone F1. Pengeluar China ini tidak peduli tentang harga, yang paling penting sekali ialah kemahuan pengguna itu sendiri. Apa yang pengguna mahu ialah kepantasan. Jadi, dengan kuasa Snapdragon 845 serta memori 6GB RAM, buka sahaja sebarang aplikasi tiada masalah lag akan berlaku (kami agak yakin).

Golongan Hardcore sememangnya akan meratah peranti ini sehingga berjam-jam lamanya. Untuk itu, Pocophone F1 dilengkapi sistem penyejukan cecair untuk memberikan keselesaan kepada pengguna sekaligus masalah haba dapat dikurangkan serta-merta.

Spesifikasi

  • IPS LCD 6.18″ 19:9 FHD+
  • Snapdragon 845 + Adreno 630
  • MIUI for Poco + Android 8.1 Oreo
  • 6GB RAM + 64GB ROM
  • 12MP + 5MP AI dual pixel autofocus
  • 20MP Beautify 4.0
  • 4,000mAh USB Type-C QC 3.0
  • Slot hibrid
  • Warna Hitam / Biru
  • RM1237 (Armored Edition – RM1,599)

#4 – Xiaomi Black Shark

Memandangkan Xiaomi Black Shark menggunakan cipset terbaik daripada Snapdragon, lantas kami perlu memasukkan nama peranti ini di dalam senarai. Walaupun paparan bernisbah 18:9 tanpa takuk, keupayaan peranti ini tidak setakat itu (prestasi) sahaja. Ini kerana Black Shark boleh disambungkan dengan alat kawalan joystick. Pihak Xiaomi telah menyertakan pakej pembelian peranti ini bersama alat kawalan. Jadi secara tidak langsung pengguna dapat jimatkan wang tanpa perlu mendapatkan aksesori pihak ketiga.

Dibangunkan khusus untuk gaming, ia juga dilengkapi sistem penyejukan cecair. Oleh itu, peranti ini direka untuk memberikan keselesaan kepada pengguna untuk kegunaan dalam tempoh masa yang lama. Gabungan warna hitam dan hijau serta logo yang kelihatan menonjol memang sesuai dimiliki oleh semua kaki gamers.

Spesifikasi

  • AMOLED 5.99″ 18:9 FHD+ 120Hz
  • Snapdragon 845 + Adreno 630
  • MIUI 9.5 + Android 8.1 Oreo
  • 8GB RAM + 128GB ROM
  • 12MP + 20MP Dual pixel 2x optical zoom
  • 20MP f/2.2
  • 4,000mAh USB Type-C QC 3.0
  • Dwi SIM / tiada slot microSD
  • Warna Hitam
  • Sekitar RM2099 (global ROM)

#5 – Apple iPhone 8 Plus

Bagi pengguna iPhone sedia ada terutamanya iPhone 7 Plus dan ke atas, mereka tidak mengalami sebarang isu lag semasa membuka permainan mudah alih. Cipset Apple A11 Bionic yang terkandung di dalam iPhone 8 Plus tidak pernah mengecewakan kami yang menggunakannya. Melancarkan game seperti PUBG, sebenarnya lebih pantas daripada peranti Android yang menggunakan Snapdragon 845. Ini kerana setiap pembangun aplikasi mempunyai kelebihan kepada sistem iOS. Pihak pembangun dapat mengoptimumkan prestasi pada aplikasi secara terperinci untuk semua peranti iOS.

Mengapa tidak memilih iPhone X? Seperti yang semua tahu, skrin peranti ini direka hingga ke lantai kerangka. Oleh itu, pengguna iPhone X menghadapi masalah tidak selesa semasa melintangkan peranti mereka ketika mengawal permainan. Jadi, pilihan yang terbaik setakat ini ialah iPhone 8 Plus. Oh ya, jangan lupa peranti ini kurang menyengat apabila sebut mengenai bateri. Hahah..

Spesifikasi

  • IPS LCD 5.5″ Retina Display
  • A11 Bionic + Apple GPU
  • iOS 11
  • 3GB RAM + 64GB ROM
  • 12MP + 12MP 3D Lighting
  • 7MP Live Photo
  • 2,691mAh Lightning
  • Kalis air IP67
  • Emas / Perak / Hitam / Merah
  • RM3,299

Akan Datang….

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, peranti ini akan tiba ke pasaran Malaysia penghujung bulan Oktober.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend